Unit beruniform telah mengadakan Hari Gotong-royong Lestari sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang wajib bagi semua unit beruniform Tahap 2. Setiap unit beruniform akan membersihkan plot-plot tanaman dan membuat penyelenggaraan termasuk membaja dan menyiram.
Semua murid didedahkan dengan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Kesan dan akibat buruk daripada pencemaran udara, pencemaran air dan bunyi turut diterangkan kepada murid-murid. Mereka juga digalakkan untuk membuayakan amalan hidup lestari walau di mana sekalipun mereka berada.