PRAKATA PENGARAH

DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD

Pengarah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Modul Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu secara digital untuk kegunaan guru di sekolah yang terlibat dengan Projek STEM Executive Consultation (STEMEC) secara khususnya dan semua pendidik secara amnya. Pendidikan STEM merupakan agenda penting dalam transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Setiap guru berperanan untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan pendekatan pengajaran terutamanya pendekatan STEM supaya dapat merangsang murid untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar secara berkesan. Penghasilan modul ini bertujuan memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam meningkatkan pengetahuan, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan...(Baca selanjutnya)

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

TIMBALAN PENGARAH

HAJAH NOR'AIDAH BINTI NORDIN

Timbalan Pengarah

Sektor Sains dan Matematik

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan bidang yang memacu kemajuan negara lebih-lebih lagi apabila negara memberi tumpuan kepada pendidikan digital. Perkembangan dunia digital yang semakin dinamik, pantas, luar jangka dan sukar diramal menjadikan pendidikan STEM lebih penting dan perlu diperkukuhkan. Kualiti PdP bidang STEM juga perlu diperkasakan bagi memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang menyokong pembangunan negara khususnya dalam bidang sains dan...(Baca selanjutnya)

PENGENALAN

Pendidikan STEM adalah penting dalam dunia pendidikan global abad ke-21. Kebanyakan negara telah membangunkan pelan strategik dalam meningkatkan kualiti PdP STEM dan literasi STEM, serta menggalakkan murid memilih bidang ini dalam pengajian dan kerjaya. PPPM 2013-2025 dibangunkan bagi melaksanakan transformasi pendidikan negara. KPM komited dalam memastikan murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan terutamanya dalam bidang STEM bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks. Perubahan landskap pendidikan dunia terutamanya Pendidikan STEM menuntut KPM mengubah suai pendidikan formal agar....(Baca selanjutnya)

KANDUNGAN MODUL PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU