SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

TIMBALAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan bidang yang memacu kemajuan negara lebih-lebih lagi apabila negara memberi tumpuan kepada pendidikan digital. Perkembangan dunia digital yang semakin dinamik, pantas, luar jangka dan sukar diramal menjadikan pendidikan STEM lebih penting dan perlu diperkukuhkan. Kualiti PdP bidang STEM juga perlu diperkasakan bagi memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang menyokong pembangunan negara khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Projek STEM Executive Consultation (STEMEC) merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu guru meningkatkan kualiti PdP bidang STEM. Ini merupakan salah satu usaha di bawah Insiatif #49: Pengukuhan Pendidikan STEM yang telah bermula sejak tahun 2019. Projek STEMEC menggunakan pendekatan PBL STEM Bersepadu dan melibatkan penyelesaian masalah dalam konteks dunia sebenar. Bagi menyebar luas pelaksanaan Projek STEMEC ini, guru dibekalkan dengan modul pembelajaran dengan contoh yang lengkap. Modul ini diharapkan mampu memberi maklumat kepada guru tentang pelaksanaan PBL STEM Bersepadu melalui pembelajaran secara kendiri.


Sekian, terima kasih.


HAJAH NOR'AIDAH BINTI NORDIN

Timbalan Pengarah

Sektor Sains dan Matematik

Bahagian Pembangunan Kurikulum