Panduan Pengguna Laman e-Pembelajaran Modul Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu
Pelayar yang sesuai digunakan ialah Google Chrome, Mozilla FireFox dan Safari.
Guru digalakkan mengikuti Google Sites ini menggunakan pelantar DELIMa.
Laman utama Google Sites memaparkan semua menu dalam modul.
Guru perlu membaca Prakata Pengarah BPK dan pengenalan modul bagi memahami reka bentuk, matlamat, objektif dan gambaran keseluruhan modul.
Modul ini sesuai digunakan oleh semua guru sama ada bidang STEM atau bukan bidang STEM, pentadbir dan pegawai yang terlibat seperti School Improvement Specialist Coach (SISC+).
Modul ini adalah perkongsian bahan rujukan ilmiah dan bukan arahan untuk pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada guru yang mengikutinya.
Fokus utama modul ini ialah pelaksanaan PBL STEM Bersepadu secara interdisiplin.
Pendedahan yang diberikan dalam modul ini boleh dijadikan panduan untuk guru merancang aktiviti PdP di sekolah masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian. Pendekatan seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah atau pendekatan lain boleh digunakan dalam mana-mana fasa pembelajaran bagi memperkenal dan mengukuhkan konsep serta kandungan pembelajaran. PBL digunakan untuk penghasilan projek yang menjurus kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar secara kritis, kreatif dan inovatif.
Bahan ini terdiri daripada tujuh modul utama yang mengandungi beberapa submodul seperti berikut:
1.0 Pendekatan STEM dalam PdP
1.1 Pengenalan Pendidikan STEM
1.2 Pendidikan STEM di Sekolah
1.3 Peranan Guru dalam Pelaksanaan PdP STEM
2.0 Konsep IDEAL dalam Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu
3.0 Pengintegrasian STEM dalam PdP
3.1 Pengintegrasian STEM secara Interdisiplin melalui Merungkai Kurikulum
3.2 Pengintegrasian STEM secara Interdisiplin melalui Merangkai Kurikulum
4.0 Penerokaan Pengalaman Murid melalui Inkuiri
4.1 Definisi Masalah
4.2 Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar
4.3 Menggalakkan Inkuiri Murid melalui Soalan Pencetus Idea
4.4 Teknik Penyoalan
5.0 Pemikiran Mereka Bentuk melalui Pembelajaran Berasaskan Projek
5.1 Pemikiran Mereka Bentuk
5.2 Pemikiran Mereka Bentuk melalui PBL STEM Bersepadu
5.3 Penghasilan Projek sebagai Autonomi Murid
6.0 Pentaksiran Autentik
6.1 Pentaksiran Autentik sebagai Suatu Pentaksiran Alternatif
6.2 Pelaksanaan Pentaksiran Autentik dalam PBL STEM Bersepadu
6.3 Pentaksiran Bilik Darjah melalui PBL STEM Bersepadu
7.0 Contoh Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu
7.1 Contoh Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu Sekolah Rendah
7.2 Contoh Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu Sekolah Menengah
Modul 1.0 hingga Modul 6.0 adalah dalam bentuk video penerangan manakala Modul 7.0 adalah dalam bentuk flipbook.
Guru perlu membuat refleksi melalui penilaian kendiri setelah selesai mengikuti pembelajaran semua modul.
Guru digalakkan mengikuti modul berdasarkan urutan bagi memastikan kesinambungan modul.
Tempoh dan bilangan video bagi setiap submodul adalah berbeza. Guru boleh mengikuti pembelajaran mengikut kesesuaian masa, ruang dan keselesaan masing-masing.
Guru boleh memuat turun contoh Laporan Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu bagi membantu penghasilan Unit Pembelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Guru boleh merujuk Senarai Istilah yang digunakan dalam submodul.
Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel pblstem.bpk@moe.gov.my