Modul ini menerangkan penerokaan pengalaman murid melalui inkuiri berdasarkan masalah dunia sebenar yang hendak diselesaikan. Modul ini mengandungi empat submodul iaitu:
4.1 Definisi Masalah
4.2 Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar
4.3 Menggalakkan Inkuiri Murid melalui Soalan Pencetus Idea
4.4 Teknik Penyoalan
Menerangkan definisi masalah dan penyelesaian masalah dalam konteks PBL STEM Bersepadu.
Menjelaskan implikasi penyelesaian masalah dunia sebenar.
Menerangkan tentang inkuiri.
Menghuraikan maksud, ciri - ciri dan kelebihan soalan pencetus idea.
Menghuraikan tujuan penyoalan, ciri - ciri soalan yang berkesan dan komponen kemahiran penyoalan.
3 - ARAHAN PEMBELAJARAN
Guru dikehendaki mengikuti sesi pembelajaran dengan memahami kandungan yang disampaikan menerusi semua video yang disediakan dalam modul ini.