Modul ini menerangkan pentaksiran autentik secara umum dan seterusnya mengkhusus kepada pelaksanaan pentaksiran autentik dalam PBL serta pelaksanaan PBD. Modul ini mengandungi tiga submodul iaitu:
6.1 Pentaksiran Autentik sebagai Suatu Pentaksiran Alternatif
6.2 Pelaksanaan Pentaksiran Autentik dalam PBL STEM Bersepadu
6.3 Pentaksiran Bilik Darjah melalui PBL STEM Bersepadu
Menerangkan definisi pentaksiran autentik.
Menerangkan jenis pentaksiran alternatif dan ciri - ciri pentaksiran autentik.
Menjelaskan pentaksiran autentik secara pemerhatian, lisan dan penulisan.
Menjelaskan pelaksanaan PBD berasaskan projek.
3 - ARAHAN PEMBELAJARAN
Guru dikehendaki mengikuti sesi pembelajaran dengan memahami kandungan yang disampaikan menerusi semua video yang disediakan dalam modul ini.