Program Wartawan Cilik merupakan program baharu sekolah yang bertujuan untuk menggalakkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Melayu dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Program ini juga mendedahkan murid pada kemahiran bertanya dan menemu ramah agar mereka dapat lebih memahami penggunaan kata tanya tertentu. Murid disarankan menjalani aktiviti dalam suasana autentik agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
Bertanya bagi mendapatkan maklumat yang tertentu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Menggunakan strategi ’5W dan 1H’ (what, where, who, when, why, how) dengan berkesan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan.
Membina keyakinan diri.
Murid tahun 1 hingga tahun 6
Program Wartawan Cilik akan diilaksanakan sepanjang tahun. Program ini akan dijalankan pada waktu rehat. Guru menetapkan tema dan personaliti untuk sesi temu ramah. Murid akan didedahkan kepada strategi ‘5W dan 1H – what, who, when, where, why, how’ sebelum program ini dijalankan.
4/2023 | Lee Zi Yan (6M) | Pusat Sumber
3/2023 | Kua Jia Bing (5M) | Pusat Sumber
2/2023 | Woo Jun Jie (4K) | Pusat Sumber
1/2023 | Yap Yu Xuan (6M) | Kantin Sekolah