Program Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) merupakan program tahunan di SJKC Pei Chun 1 sejak tahun 2019. KmR dilaksanakan secara 'backward design' berbanding kaedah konvensional yang dijalankan sewaktu PdPc di dalam kelas.
Murid disasarkan untuk mencapai TP 6 bagi setiap kemahiran yang ditetapkan mengikut subjek tertentu agar 'deep learning' berlaku kepada pelajar. Bagi murid yang tidak mencapai TP 6, proses 'scaffolding' hendaklah dilaksanakan supaya akhirnya murid tersebut akan mencapai TP 6. Ini melahirkan konsep "differentied learning" atau pembelajaran terbeza.
Subjek Bahasa Melayu terlibat secara langsung dalam Program KmR sejak tahun 2019 yang dijalankan secara inter-displinary(dijalankan bersama mata pelajaran lain).Pada tahun 2022, KmR pertama kalinya dijalankan secara intra-displinary (melibatkan satu mata pelajaran.)
Meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) murid dalam kemahiran yang dipilih dalam Bahasa Melayu. (Tahun 5 – Kemahiran Membaca / Tahun 6 – Kemahiran Bertutur).
Memberi peluang kepada murid menerokai kemahiran yang ditetapkan menerusi aktiviti kerja kumpulan dan eksperimen.
Meningkatkan keyakinan kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan, ibu bapa dan guru-guru dalam Bahasa Melayu dengan bahasa yang sopan.
Murid Tahun 5 dan 6
Program ini dijalankan selama tiga minggu bermula 2 Oktober sehingga 20 Oktober 2022. Murid menjalankan aktiviti bertemakan Sains dan Teknologi. Kemahiran yang ditetapkan bagi murid tahun 6 ialah Kemahiran Bertutur manakala murid Tahun 5 melakukan aktiviti yang menjurus kepada kemahiran membaca.