Tahun 6 merupakan tahun terakhir bagi murid berada di alam sekolah rendah. Apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah, mereka seharusnya sudah mampu menguasai kemahiran lisan, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kemampuan dan keupayaan setiap individu berbeza antara satu sama lain. Pihak sekolah sedar akan sebilangan murid yang perlu diberi tumpuan khusus bagi membantu mereka menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kelas intensif dijalankan khas bagi memberi tumpuan kepada murid Tahun 6 menguasai dan memperkukuh pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu.
Memfokuskan aktiviti pembelajaran mengikut tahap dan keupayaan murid menerusi aktiviti yang bersesuaian.
Membolehkan murid melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam kelas mengikut tahap penguasaan mereka.
Murid tahun 6
Dilaksanakan pada hari Rabu dan Khamis jam 7.15 pagi – 8.00 pagi.
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu.
Setiap kumpulan dibimbingtiga orang guru Bahasa Melayu.