Program Sinaran Pagi adalah satu program persediaan murid sebelum memulakan kelas secara rasmi. Dengan adanya program ini, diharapkan dapat menanam minat membaca dalam kalangan murid dan menambah kosa kata dari bahan bacaan. Selain itu, program ini diharapkan boleh memberi suatu impak yang boleh meningkatkan dan membantu murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid.
Menanam minat membaca murid dan membentuk budaya membaca.
Menambah kosa kata murid dari bahan bacaan.
Memastikan murid dapat mengaplikasikan kosa kata yang telah dipelajari untuk digunakan dalam membina ayat dan diaplikasikan semasa menjawab soalan pemahaman dan tatabahasa.
Murid-murid tahun 1 hingga 6
Dijalankan pada setiap hari Isnin.
Dijalankan selama 20 minit iaitu dari 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.