Program Anak Angkat merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Guru membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat.
Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada murid-murid demi kemajuan dalam bidang akademik.
Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Menaikkan semangat murid-murid untuk berusaha dengan gigih dan membaiki kelemahan-kelemahan yang masih ada.
Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai dengan diri mereka.
Murid Tahun 5 dan 6
Program ini dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis selama 30 minit iaitu dari pukul 1.00 tengah hari hingga pukul 1.30 tengah hari.