Program Kelas Bimbingan Petang merupakan pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid mengatasi kelemahan dalam membaca dan menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu melalui bimbingan di luar waktu persekolahan. Program Kelas Bimbingan Petang ini berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dan guru dapat membincangkan permasalahan dalam pelajaran secara terperinci. Kelas bimbingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan murid iaitu Kelas Murid Kumpulan A (Cemerlang) dan Kelas Murid Kumpulan B (Lemah). Program ini diadakan pada setiap hari Isnin (Kelas Murid Kumpulan B) dan Selasa (Kelas Murid Kumpulan A) bermula dari pukul 1.30 petang sehingga pukul 3.30 petang. Dengan melaksanakan program ini, guru dapat memberikan bimbingan yang khusus untuk meningkatkan pencapaian murid.
Merangsang murid supaya bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk belajar.
Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan di dalam kelas bimbingan.
Melahirkan murid yang berkeyakinan dalam menjawab soalan.
Murid Tahun 6
Dibahagikan kepada 2 kumpulan :-
Kelas Murid Kumpulan A (Cemerlang)
Kelas Murid Kumpulan B (Lemah)
Masa pelaksanaan: -
hari Isnin jam 1.30 petang – 3.30 petang (Kelas Murid Kumpulan B)
hari Selasa jam 1.30 petang – 3.30 petang (Kelas Murid Kumpulan A)