Pembangunan karakter dan nilai moral adalah proses penting dalam pendidikan yang bertujuan membentuk murid menjadi individu yang beretika dan bertanggungjawab. Melalui program Pendidikan Moral yang terstruktur, murid diberi pendedahan kepada nilai-nilai seperti kejujuran, toleransi dan tanggungjawab.
AKtiviti interaktif seperti perbincangan kumpulan dan permainan peranan membantu mereka memahami konsekuensi tindakan mereka dalam situasi sebenar.
Sebagai contoh, murid dapat berlatih dalam situasi di mana mereka dihadapkan dengan dilema moral, sehingga mereka belajar untuk membuat pilihan yang bijak dan beretika.
Penerapan nilai moral dalam aktiviti seharian di sekolah adalah cara efektif untuk membentuk karakter murid secara berterusan. Dengan mengintegrasikan nilai-nilai seperti menghormati orang lain, kejujuran dan sikap positif dalam rutin harian, murid diajar untuk mengamalkan perilaku baik secara konsisten.
Contohnya dalam sesi pagi sebelum kelas bermula, guru boleh memimpin aktiviti sederhana seperti memberi salam kepada rakan-rakan dan guru serta mengucapkan terima kasih atau maaf ketika berinteraksi. Aktiviti ini bukan sahaja membina suasana yang positif tetapi juga menanamkan kesedaran tentang pentingnya saling menghormati dan menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.