Sistem pendidikan Malaysia yang semakin menekankan pendidikan teknikal dan vokasional bertujuan untuk mengurangkan jurang antara keperluan industri dan kelayakan akademik para pelajar.
Melalui pengintegrasian TVET, pelajar dilatih secara praktikal dan teori untuk memenuhi permintaan pasaran kerja moden yang memerlukan kemahiran teknikal yang khusus.
Dunia yang mengalami arus globalisasi memerlukan pelajar yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan teori tetapi juga kemahiran praktikal yang relevan seperti pemikiran kritikal, kreativiti, kolaborasi dan komunikasi.
Sehubungan dengan itu, PBL dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran ini melalui projek yang merentas disiplin ilmu dan menggalakkan pelajar belajar melalui penglibatan aktif dalam projek-projek yang kompleks serta bermakna.
Pendekatan ini melahirkan pembelajaran yang holistik kerana mampu membantu pelajar melihat bagaimana pelbagai disiplin ilmu saling berhubung dan saling melengkapi dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar.
Projek-projek yang dikendalikan melalui PBL selalunya bersifat terbuka dan tidak mempunyai satu jawapan yang betul, yang bermaksud pelajar perlu melibatkan diri dalam pemikiran aras tinggi seperti menganalisis, mensintesis dan menilai.
Di Malaysia, pendidikan inklusif diperkukuhkan melalui dasar dan program seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang menekankan kesaksamaan akses kepada pendidikan.
Dasar ini menyasarkan untuk memperluaskan peluang kepada pelajar dengan pelbagai keperluan khas dan dari latar belakang sosioekonomi yang berbeza.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan Inklusif 2016 merupakan satu lagi langkah signifikan yang memberi peluang kepada pelajar dengan keperluan khas untuk belajar dalam bilik darjah yang sama dengan pelajar arus perdana.
EMPAT JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF (KHAS) DI MALAYSIA
Sekolah ini direka khas untuk murid-murid yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.
Mereka akan mengikuti kurikulum yang telah disesuaikan seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), mengikut peringkat umur mereka.
Untuk murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, mereka akan mengikuti kurikulum khusus, iaitu KSSRPK atau KSSMPK. Ini bertujuan untuk memastikan murid berkeperluan khas ini menerima pendidikan yang sesuai dengan keupayaan merek, sambil memastikan perkembangan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Program ini dijalankan di sekolah harian biasa, tetapi mempunyai kelas-kelas pendidikan khas yang diubahsuai untuk murid yang menghadapi masalah penglihatan, pendengaran atau pembelajaran.
Murid ini mungkin tidak belajar bersama dengan murid aliran perdana, tetapi mereka berada dalam satu sekolah yang sama.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan pengalaman pendidikan yang hampir sama dengan murid-murid biasa, dengan memberi perhatian tambahan yang diperlukan untuk membantu mereka berkembang dalam suasana sekolah arus perdana.
Program ini lebih maju di mana murid berkeperluan khas yang mempunyai kelayakan tertentu akan belajar bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam kelas biasa.
Matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang benar-benar inklusif, di mana murid berkeperluan khas tidak dipinggirkan tetapi diberi peluang untuk berinteraksi dan belajar bersama rakan sebaya mereka.
Ini bukan sahaja membantu perkembangan akademik tetapi juga perkembangan sosial, di samping mengurangkan stigma terhadap murid-murid ini.
Program ini diwujudkan untuk membantu murid-murid yang menghadapi kesulitan dalam Mengira, Membaca, dan Menulis (3M).
Program ini bertujuan untuk memberikan bimbingan tambahan supaya murid ini dapat menguasai kemahiran asas tersebut dengan lebih baik.
Program ini biasanya melibatkan pendekatan pengajaran yang lebih tertumpu dan bantuan tambahan seperti kelas pemulihan untuk membantu murid yang memerlukan lebih banyak masa dan latihan untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.
Pencapaian akademik semata-mata tidak mencukupi untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran kehidupan sebenar dan pasaran pekerjaan.
Perubahan pendidikan menekankan pentingnya kemahiran insaniah seperti kepimpinan, pengurusan masa dan kerjasama.
Aktiviti kokurikulum seperti sukan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran-kemahiran ini melalui pengalaman langsung dan situasi praktikal yang memerlukan interaksi sosial.
Penekanan kepada konsep ini lahir daripada kesedaran bahawa ilmu pengetahuan dan kemahiran tidak statik, malah sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan dunia luar.
Oleh itu, sistem pendidikan yang sentiasa dikemas kini menyokong pelajar untuk terus belajar dan berkembang walaupun selepas tamat pengajian formal sebagai usaha membina individu yang holistik, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.