Falsafah pendidikan merupakan satu set kepercayaan, nilai, dan prinsip yang menjadi panduan kepada sistem pendidikan. Ia menentukan objektif, kaedah pengajaran, dan kandungan kurikulum dalam usaha membentuk individu yang berilmu dan berakhlak.
Falsafah pendidikan boleh didefinisikan sebagai landasan teori yang menentukan bagaimana pendidikan dilaksanakan. Ia merangkumi kepercayaan dan nilai yang menentukan tujuan pendidikan serta cara untuk mencapai tujuan tersebut.
Matlamat falsafah pendidikan adalah untuk memastikan pendidikan berfungsi sebagai alat untuk membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seseorang. Selain itu, falsafah pendidikan bertujuan untuk membimbing perkembangan diri seseorang individu supaya mereka dapat berfungsi sebagai warganegara yang berguna dan beretika dalam masyarakat.
MATLAMAT UTAMA:
Membentuk insan seimbang (rohani, jasmani, emosi dan intelek)
Menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional
Menyediakan asas untuk membina nilai moral yang tinggi
Kepentingan falsafah pendidikan dapat dilihat dalam cara ia membentuk kurikulum, kaedah pengajaran dan tujuan pendidikan di sekolah-sekolah. Falsafah ini juga penting kerana ia berfungsi sebagai asas untuk menentukan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Ia memberikan garis panduan yang membantu guru dan pembuat dasar pendidikan dalam memastikan pendidikan relevan dengan keperluan sosial dan ekonomi negara.
Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah panduan utama dalam pendidikan di Malaysia. Ia menekankan pembentukan waganegara yang seimbang dan harmoni dengan menggabungkan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
MATLAMAT UTAMA FPK:
Melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta berpegang kepada keprcayaan kepada Tuhan.
Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan.
Menyediakan asas bagi pembangunan insan yang menyeluruh.
Tekan sini untuk baca lebih lanjut:
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) pula memberi fokus kepada peranan guru dalam pendidikan. Guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu, tetapi juga sebagai agen perubahan dan role model kepada pelajar. Guru mesti profesional dalam tugas mereka dan tetap menerapkan nilai moral, integriti dan kecemerlangan dalam pendidikan.
PRINSIP UTAMA FPG:
Guru sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan.
Profesionalisme dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.
Pendidikan sepanjang hayat untuk guru sentiasa memperkaya ilmu dan kemahiran.
Tekan sini untuk membaca lebih lanjut: