PENGENALAN
PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami kemaskini dan perubahan yang dirancang berdasarkan keperluan semasa, dengan matlamat utama untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelektual, emosi, sosial dan moral bagi memastikan relevansi dengan perkembangan global serta memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Proses pengemaskinian ini memberi impak besar dalam usaha membentuk sistem pendidikan yang holistik, bersepadu dan inklusif. Perubahan tersebut menyumbang kepada pendidikan yang lebih holistik melalui integrasi pelbagai elemen pendidikan dari aspek akademik, moral dan sosial.