Kami telah menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan maklumat bagi menghasilkan Google Site ini. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah:
Kami menggunakan kaedah ini kerana maklumat yang diterima bersifat asli. Untuk menjalankan kaedah ini, dua orang ahli kumpulan telah membuat temu janji bersama Encik Jamal bin Mustaman di Lima Kedai, Johor Bahru dan Encik Amri bin Jantan di Setia Tropika, Johor Bahru.
Melalui kaedah ini, kami memperolehi maklumat yang telah diolah dan ditafsir serta dikemaskini oleh pakar-pakar yang berkenaan. Untuk menjalankan kaedah ini, kami telah merujuk pelbagai buku untuk mendapatkan maklumat, antaranya Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
Kami juga mengumpul maklumat melalui sumber sekunder. Melalui kaedah ini, kami dapat memperolehi pelbagai maklumat dalam masa yang singkat. Bagi menjalankan kaedah ini, kami telah melayari Internet beberapa kali untuk merujuk pelbagai laman sesawang. Antaranya www.notasejarah.com .
OBJEKTIF
π Menyatakan latar belakang dasar luar Malaysia
π Menjelaskan 2 asas penggubalan dasar luar
π Menyatakan 4 cabaran mengukuhkan dasar luar
π Menjelaskan 3 aspek Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
Menyatakan Latar Belakang Dasar Luar Malaysia
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
Menjelaskan 2 Asas Penggubalan Dasar Luar
Penggubalan asas Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa. Penjelasan berkaitan penggubalan dasar luar ini dapat dilihat melalui matlamat dasar luar dan faktor penggubalannya.
Matlamat utama penggubalan dasar ini termasuklah mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Hal ini berikutan dasar luar amat penting dalam mempengaruhi tindakan negara dalam mengahadapi suasana perkembangan politik, wilayah, serantau dan antarabangsa. Seterusnya, dasar luar juga berperanan melindungi kepentingan nasional. Malaysia mewujudkan dasar luar bagi mencapai persetujuan negara lain dalam beberapa aspek di samping memenuhi kepentingan masing-masing. Selain itu, bagi mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia. Hal ini seiring dengan kerjasama yang dibentuk dengan negara lain. Dalam pada itu, dasar luar diwujudkan dengan harapan untuk memupuk hubungan baik dengan negara luar. Akhir sekali, matlamat penggubalan dasar luar juga tertumpu kepada menghadapi perkembangan serta cabaran politik, ekonomi dan sosial.
Beralih kepada perkara yang seterusnya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu ikatan sejarah, keperluan nasional, kepimpinan dan persekitaran luar.
Ikatan sejarah antara dua negara menyebabkan wujudnya dasar luar. Misalnya, ikatan sejarah dan budaya dengan negara serantau dan antarabangsa seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan China menyebabkan Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara yang berikut. Seterusnya, bagi memenuhi keperluan nasional, iaitu memberikan keutamaan kepada kepentingan negara. Hubungan baik dengan negara luar membolehkan Malaysia menjaga kebajikan rakyat di luar negara. Selain itu, kepimpinan yang unggul turut menjadi asas penting dalam penggubalan dasar luar Malaysia. Dasar menjalinkan hubungan dengan negara lain sejak 1990-an menunjukkan kecenderungan pemimpin untuk memajukan negara. Akhir sekali, penggubalan dasar ini sering berubah mengikut persekitaran luar. Misalnya, ketika era Perang Dingin, negara dilihat lebih probat. Namun, pada tahun 1970-an, Malaysia menghentikan probat dan kelihatan tidak berpihak.
Menjelaskan 4 Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada negara kita. Antara cabarannya ialah Cabaran Politik Antarabangsa yang sememangnya memperngaruhi dasar luar Malaysia.
Seterusnya, Cabaran Politik Serantau iaitu peluasan pengaruh komunis di Indochina yang memnyebabkan ketidakstabilan kepada rantau di Asia Tenggara. Tambahan pula, berlakunya kebanjiran pendatang asing Vietnam di Asia Tenggara malah Malaysia turut terkesan dengan perkembangan tersebut.
Selain itu, Cabaran Keselamatan dan Pertahanan, dimana Malaysia akan memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara melalui FDPA. Kemudian, Malaysia turut bekerjasama dengan ASEAN dalam memperkuat pertahanan dan keselamatan rantau di Asia Tenggara.
Akhir sekali, Cabaran Pembangunan Ekonomi iaitu wujudnya dominasi negara maju bagi menentukan ha
Menjelaskan 3 Aspek Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mengamalkan dasar probarat. Malaysia menolak untuk bersikap neutral kerana hal ini menyebabkan negara terjerumus dalam konflik antarabangsa. Kemudian, dasar ini ditamatkan dan digantikan dengan dasar berkecuali serta terlibat secara aktif dalam NAM. Penglibatan ini membolehkan hubungan yang lebih terbuka dapat dijalinkan dengan pelbagai pihak tanpa sekatan.
Pada bulan April 1970, Muhammad Ghazali Shafie telah memulakan penyertaan Malaysia dalam NAM. Penyertaan ini menjadi bukti bahawa Malaysia mengubah dasar probarat kepada dasar yang lebih terbuka berasaskan prinsip neutral, aman bebas dan berkecuali. Setelah penyertaan ini, Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang.
Antaranya ialah, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003. Hal ini membuktikan kemampuan Malaysia dalam mengendalikan persidangan bertaraf dunia. Selain itu, Malaysia juga menjadi Pengerusi NAM selama 3 tahun bermula pada tahun 2003 sehingga 2006. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, berjaya menjalankan tugas dengan penuh jayanya sekaligus menjulang nama Malaysia dalam kalangan anggota.
Seterusnya ialah,peranan dalam politik. Isu pencerobohan seperti isu Bosnia dan Herzegovina lantang disuarakan oleh Malaysia. Sebagai contoh, NAM dijadikan platform menyuarakan sikap Malaysia terhadap isu Aparteid. Oleh itu, Malaysia bersetuju agar Afrika Selatan dikenakan tekanan politik dan ekonomi bagi menangani isu ini.
Akhir sekali, ialah dasar keamanan dan berkecuali. Suara Malaysia yang meminta agar rantau Asia Tenggara diterima sebagai sebuah kawasan berkecuali sering diutarakan. Malaysia berpendapat kuasa besar seperti China, Rusia dan Amerika Syarikat perlu mengakuinya serta tidak campur tangan dengan negara di rantau tersebut.