Malaysia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada PBB. Hal ini sejajar dengan pendirian Malaysia, iaitu "hidup bersama secara aman".
Menegakkan hak asasi manusia dan menggariskan prinsip berkaitan taraf hidup dan hak asasi manusia serta tidak mencampur tangan dalam urusan hal ehwal negara lain.
Terlibat dengan United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), bekerjasama dengan Food and Agriculture Organization (FAO) dan World Health Organization (WHO).
Memastikan keselamatan penduduk, mengawasi gencatan senjata dan mendaulatkan undang-undang yang terlibat di negara yang menghadapi konflik, antaranya di Congo, Namibia dan Somalia.
Membantu pentadbiran dan pengurusan, memberikan latihan teknikal dan menjadi jurubahasa di negara yang menghadapi konflik seperti di Sierra Leone, Chad-Libya, Iraq dan Kemboja.
Tokoh Malaysia dalam Agensi PBB
Doktor perubatan dan aktivis kemanusiaaan
Merupakan salah seorang ahli yang dilantik sebagai Penasihat Kumpulan Tabung Tindakan Kecemasan Pusat
Menjawat jawatan Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di PBB yang menyelaraskan aktiviti kemanusiaan di seluruh dunia
Penjawat awam
Mengetuai UN-Habitat dan merupakan wanita pertama di Asia yang menjawat jawatan tersebut
UN-Habitat dianggap sebagai agensi paling aktif di dunia yang memberikan tumpuan kepada kehidupan bandar yang mapan ketika populasi dunia berkembang dengan pesatnya
Tokoh diplomat
Mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat United Nations Development Programme (UNDP)
Dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara anggota PBB
Wakil khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar
Ahli akademik
Dilantik sebagai Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 bagi Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa
Dilantik sebagai Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB
Pegawai Tentera
Dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi UNOSOM II di Somalia
Warga Malaysia pertama yang diberi kepercayaan untuk menjadi Pemerintah Tertinggi Tentera PBB
Pelantikan ini meandakan pengiktirafan PBB terhadap komitmen Malaysia