Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan gabungan pertama yang melibatkan tiga negara di Asia Tenggara. ASEAN diwujudkan dan dianggotai oleh negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand. Kemudian, dianggotai negara Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.
📜ZOPFAN diumumkan pada tahun 1971 di Kuala Lumpur.
📜ASEAN dijadikan sebagai platform yang terpenting untuk mengisytiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat global.
📜Mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarika, Rusia dan China.
📜Konflik di Vietnam dan Kemboja berkaitan dengan ancaman komunis dan pelarian.
📜Isu di Kemboja berjaya diselesaikan melalui pilihan raya pada tahun 1993.
📜Malaysia menghantar pasukan pengaman di bawah PBB (Misi UNTAC).
📜Kerjasama ekonomi bermula sejak tahun 1970-an.
📜Antara projek yang berjaya termasuklah pengeluaran baja urea di Indonesia (1984) dan Malaysia (1986).
📜Malaysia menawarkan pemotongan cukai ke atas pelbagai jenis produk keluaran negara anggota ASEAN.
📜Menjalinkan kerjasama melalui penubuhan Southeast Asian Ministers of Education Organization- SEAMEO.
📜Kerjasama dalam bidang kebudayaan seperti festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN.
📜Sukan SEA dilaksanakan untuk menjalinkan kerjasama dalam sukan.