Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara yang ditubuhkan pada 25 September 1969. Malaysia merupakan anggota yang aktif menyuarakan pandangan berkaitan kepentingan Islam.
🔖Bermula sejak era Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
🔖Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Persidangan Islam Antarabangsa pada April 1969.
🔖Malaysia pernah menjadi pengerusi OIC dan membangkitkan pelbagai isu berkaitan dengan masyarakat Islam.
🔖Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj merupakan Setiausaha Agung yang pertama.
🔖Bertanggungjawab mengukuhkan OIC
🔖Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik sebagai pengerusi pertubuhan pada tahun 2003.
🔖Malaysia mengetengahkan nilai kesederhanaan dan menolak keganasan.
🔖Malaysia bersama-sama OIC memberikan penekanan kepada pembangunan sosial terutamanya dalam bidang pendidikan.
🔖Contohnya, pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
🔖Malaysia mejadi pengantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC.
🔖Sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB berikutan gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988.
🔖Negara kita menyokong aktiviti Islamic Development Bank- IsDB (Bank Pembangunan Islam) yang ditubuhkan pada tahun 1973.
🔖Malaysia menyertai IsDB pada tahun 1974.
🔖Memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank untuk membiyai projek pembangunan negara.
🔖Contoh bank Islam di serata dunia ialah Dubai Islamic Bank (1975).