Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Tempoh ini menjadi penting dalam sejarah dasar luar Malaysia kerana merupakan tempoh pengukuhan serta menguji kemampuan Malaysia menghadapi cabaran baharu.
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali apabila menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi. Keadaan ini membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan dengan China
Malaysia mengerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, bagi membincangkan pergolakan di Indochina serta masa depan rantau Asia Tenggara
Malaysia menandatangani Five Power Defence Arrangements (FPDA) yang turut melibatkan Singapura, Britain, New Zealand dan Australia
Malaysia memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara melalui FPDA
Malaysia bekerjasama dengan negara ASEAN bagi memperkuat pertahanan Asia Tenggara
Malaysia juga turut menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada 1965
Malaysia menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti International Tin Council (ITC) dan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)
Desakan Malaysia agar harga barangan dapat dikawal disuarakan melalui organisasi ini
Penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 bagi membangunkan sektor minyak dan gas negara