KARNIVAL INOVASI DAN PENYELIDIKAN ZON BARAT SABAH (INKIKP) TAHUN 2021

JUMLAH PELAWAT

⚙️ *MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN* ⚙️

🎉 *KARNIVAL INOVASI ZON BARAT 2021* 🎉

Tarikh : 30 September 2021*

🌤 *Hari : Khamis*

⏰ *Masa : 9.00 Pagi*

💫 *Tempat : LIVE Youtube - https://youtube.com/c/PejabatPendidikanDaerahKotaKinabalu

❄️ *Dirasmikan oleh :*

*En. Mohd Zaini bin Yanin*

Timbalan Pengarah,

Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

PENGENALAN

Karnival Inovasi dan Penyelidikan Zon Barat (INKIKP2021) merupakan pertandingan inovasi, KIK Horizon Baharu dan kajian tindakan/penyelidikan peringkat negeri Sabah yang diadakan setiap tahun dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Inovasi dan Penyelidikan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang.

Penganjuran kali ini akan membawakan Siri Webinar Karnival Inovasi dan Penyelidikan Zon Barat (INKIKP2021) bersiaran secara langsung melalui YouTube bermula 09 - 25 Ogos 2021 yang mempersembahkan tajuk-tajuk webinar yang berkaitan dengan penganjuran karnival ini.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

  • Memantapkan budaya inovasi dalam kalangan warga pendidikan;

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada warga pendidikan yang berjaya menghasilkan inovasi pendidikan;

  • Menyebarkan hasil inovasi warga pendidikan supaya dapat memberi impak dan manfaat secara langsung kepada dunia pendidikan.

KATEGORI PERTANDINGAN

  • Kategori Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK)

  • Kategori Kajian Tindakan/Penyelidikan

  • Kategori Invovasi Terbuka

  • Kategori Pameran Digital Pendidikan

TARIKH-TARIKH PENTING

  • Pendaftaran, penghantaran abstrak dan video: 15 Julai - 20 Ogos 2021 (Dilanjutkan sehingga 25 Ogos 2021)

  • Penghantaran video dan slide pembentangan/laporan projek KIK: 20 Ogos 2021 (Dilanjutkan sehingga 25 Ogos 2021)

  • Penilaian video dalam talian: 15 Julai 2021 - 30 Ogos 2021

  • Penilaian Panel Juri Pembentangan secara dalam talian : 06 - 09 September 2021

  • Majlis Penutupan dan Pengumuman Pemenang: 17 September 2021 (30 September 2021)

  • Siri Webinar Karnival Inovasi dan Penyelidikan Zon Barat (INKIKP2021): 09 - 25 Ogos 2021

HADIAH PEMENANG SETIAP KATEGORI

  • Pemenang Platinum: Sijil Pengiktirafan + Wang Tunai

  • Pemenang Emas: Sijil Pengiktirafan

  • Pemenang Perak: Sijil Pengiktirafan

  • Pemenang Gangsa: Sijil Pengiktirafan

  • e-Sijil Penyertaan disediakan kepada peserta yang menyertai pertandingan.

  • Pemenang Platinum/Emas tertinggi bagi setiap kategori akan bertanding dalam Karnival Inovasi & Penyelidikan Peringkat Negeri Sabah pada bulan Oktober 2021.