FORMAT KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Inovasi melalui konteks horizon baharu KIK terbahagi kepada dua (2) BIDANG INOVASI dalam KIK iaitu:

a) Inovasi Sosial

b) Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

(a) Inovasi Sosial

Berdasarkan tafsiran oleh MAMPU, bidang Inovasi Sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat.

Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.

(b) Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi penyampaian perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:

• Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi;

• Budaya Kerja;

• Kewangan dan Aset;

• Pengurusan Perhubungan Pelanggan;

• Pengurusan Sumber Manusia;

• Pengurusan Projek Pembangunan; dan

• Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan teknik dan kaedah yang tepat amat penting dalam penghasilan sesuatu projek inovasi KIK. Sejajar peredaran masa dan perkembangan pelbagai teknik dan kaedah baharu, maka ahli KIK perlu sentiasa peka dan bersiap sedia dengan penggunaan teknik dan kaedah terkini dan tepat. Penggunaan teknik dan kaedah adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian projek yang dirancang.

Fasa Penghasilan Projek menjelaskan perancangan awal pembentukan KIK. Ahli KIK perlu memilih projek berpandukan bidang inovasi dalam KIK, iaitu Inovasi Sosial atau Inovasi Penyampaian Perkhidmatan yang terdiri daripada dua (2) kategori, iaitu Inovasi Penciptaan atau Inovasi Penambahbaikan.

KIK terdiri daripada dua (2) bentuk kumpulan, iaitu:

a) KIK Primer

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK.

b) KIK Hibrid

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid

FORMAT PERINCIAN PROJEK KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

1. TAJUK PROJEK

2. LATAR BELAKANG KUMPULAN

3. SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

3.1. Nyatakan justifikasi pemilihan projek dengan ringkas dan padat dengan merujuk kepada perkaitan dengan fungsi agensi, keperluan pemegang taruh dan bagaimana ia memenuhi agenda nasional. Matlamat keberhasilan projek seperti yang dinyatakan dalam Bab 2 Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1/2016 diambilkira iaitu: (a) meningkatkan kecekapan agensi sektor awam

(b) meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor awam; dan (c) memelihara kesejahteraan rakyat

3.2 Potensi pengembangan projek juga sesuai dinyatakan bagi menunjukkan kemampanan (sustainability) projek.

3.3 Penggunaan grafik, butiran poin berserta maklumat yang ringkas dan tajuk kecil boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman.

4. TINDAKAN PENYELESAIAN

4.1. Nyatakan dengan ringkas dan padat strategi serta kaedah yang digunakan dalam menghasilkan projek yang kreatif dan inovatif serta tempoh penghasilan projek.

4.2. Sasaran outcome dan impak perlu dinyatakan dengan maklumat indikator-indikator pencapaian yang diwujudkan bagi menjalankan penilaian.

4.3. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran. 5. KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME DAN IMPAK

5.1. Nyatakan hasil penilaian yang telah dibuat berdasarkan indikator-indikator pencapaian bagi outcome dan impak. Pencapaiannya diterangkan berdasarkan hasil kajian melalui analisa perolehan data.

5.2. Nayatakan juga faedah sampingan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan projek. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran.

6. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

6.1. Nyatakan tahap kesiapsiagaan (readiness)n hasil projek yang telah dilaksanakan dan usaha yang telah dilaksanakan bagi menyokong pengembangan projek.

6.2 Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah/ diagram/ gambar/ lampiran. 7. PENUTUP

8. LAMPIRAN

Nota:

1. Sediakan laporan 10 – 15 muka surat sahaja (3000 – 5000 patah perkataan) dengan font Arial bersaiz 11 dan 1.5 spacing.

NOTA:

  • Setiap projek KIK yang dihasilkan hendaklah memenuhi salah satu daripada bidang inovasi, iaitu Inovasi Sosial atau/ dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan; dan

  • Setiap pilihan bidang inovasi haruslah memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.