PENILAIAN PERTANDINGAN

  • PENILAIAN ABSTRAK DAN VIDEO DARIPADA PANEL PENILAI

  • PENILAIAN PEMBENTANGAN DAN KERTAS PROJEK DARIPADA PANEL PENILAI

  • PENILAIAN VIDEO DALAM TALIAN (UMUM)

PENILAIAN ABSTRAK DAN VIDEO

  • Peserta mestilah menghantar penulisan abstrak mengikut format penulisan yang ditetapkan mengikut kategori pertandingan.

  • Penghasilan video adalah hasil daripada persembahan peserta bagi menyampaikan maklumat berkaitan projek inovasi dan kajian tindakan dan bukan dalam bentuk video power point.

  • Peserta mestilah menggunakan alat perakam sendiri sama ada perakam video / telefon pintar untuk menghasilkan video yang berkualiti agar mudah dinilai oleh panel hakim berdasarkan kriteria penilaian kreativiti dan inovasi yang telah dinyatakan.

  • Penilaian adalah berdasarkan kandungan persembahan video yang mengandungi maklumat berkaitan projek inovasi .

  • Tempoh masa video adalah tidak melebihi sepuluh (10) minit.

  • Format video yang ditetapkan adalah .avi dan .mp4 sahaja.

PENILAIAN KERTAS PROJEK DAN PEMBENTANGAN

  • Penilaian abstrak, & slide pembentangan sahaja.

  • Penilaian abstrak dan laporan projek/slide pembentangan dinilai lebih awal oleh panel juri dan hanya peserta yang melepasi tapisan awal sahaja akan ke peringkat pembentangan secara dalam talian bersama panel penilai.

  • Pembentangan dalam masa 10 minit sahaja dan sesi soal jawab dengan panel penilai selama 5 minit akan diberikan untuk memberikan peluang kepada panel panel mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada peserta inovasi.

  • Penilaian pembentangan adalah mengikut kategori yang ditetapkan oleh urusetia.

  • Pembentangan dan penerangan inovasi hendaklah jelas.

PENILAIAN VIDEO DALAM TALIAN (UMUM)

  • Penilaian video dalam talian (umum) adalah penilaian daripada warga pendidikan.

  • Peserta perlu mempromosikan hasil video projek inovasi dan video pameran digital pendidikan melalui saluran YouTube peserta masing-masing.

  • Penilaian adalah berdasarkan kepada Jumlah View dan Jumlah Like.

  • Tempoh masa penilaian adalah bermula 15 Julai 2021 sehingga 30 Ogos 2021.