FORMAT KAJIAN TINDAKAN

FORMAT PENULISAN

  1. Abstrak

  2. Refleksi P & P

  3. Isu keperihatinan / Fokus kajian

  4. Objektif kajian

a. Objektif am

b. Objektif khusus

  1. Kumpulan sasaran

  2. Pelaksanaan Kajian

a. Tinjauan masalah

b. Analisis tinjauan masalah

c. Tindakan yang dijalankan

d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian

i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksi

ii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi

  1. Refleksi kajian

i. Penilaian pencapaian tindakan

ii. Rumusan hasil dapatan kajian

iii. Refleksi proses P & P

  1. Cadangan untuk kajian seterusnya.

FORMAT PENULISAN ABSTRAK

  1. Abstrak adalah merupakan sinopsis yang padat, ringkas dan merangkumi aspek-aspek permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Berikut adalah maklumat penting untuk abstrak:

a. Patah perkataan tidak melebihi 200 patah;

b. Format Italic;

c. Bersaiz 11; dan

d. Justified.

  1. Jika kajian tindakan ditulis dalam Bahasa Melayu, maka abstrak harus ditulis dalam Bahasa Melayu. Jika kajian tindakan ditulis dalam Bahasa Inggeris, maka abstrak harus ditulis dalam Bahasa Inggeris.

  2. Kata Kunci

Penulis perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak. Ia bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat. Tajuk kata kunci perlu ditulis menggunakan format normal dan bold. Perkataan bagi kata kuncinya berformat Italic bersaiz 11 dan justified.

FORMAT LAPORAN PENUH

  1. Kajian tindakan boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

  2. Wajib ditaip di atas kertas bersaiz A4 dalam jarak langkau satu (single spacing) menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.

  3. Ukuran penulisan dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :-

(a) Atas : 2.00 cm

(b) Bawah : 2.00 cm

(c) Kiri : 2.00 cm

(d) Kanan : 2.00 cm

  1. Panjang penulisan hendaklah di antara 3000-5000 patah perkataan mengikut format berdasarkan sistem penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini (tidak kurang dari 10 muka surat dan tidak melebihi 15 muka surat)