FORMAT INOVASI TERBUKA

FORMAT PENULISAN ABSTRAK

  • Tajuk abstrak hendaklah menggunakan format tulisan Arial bersaiz 11, huruf besar, bold dan center.

  • Perlu ada nama peserta , correspondence author (contoh Sarah Amanda) (nama peserta di bold kan), institusi (Italic) dan e-mel penulis atau correspondence author.

  • Kata kunci tidak melebihi 4.

  • Selang satu baris selepas kata kunci sebelum kandungan abstrak (sila lihat contoh penulisan abstrak yang disediakan).

  • Kandungan abstrak hendaklah menggunakan format tulisan Arial bersaiz 11 dengan langkau 1.5 (1.5 spacing) pada format kertas bersaiz A4.

  • Penulisan abstrak haruslah mengandungi:

  • Nama Projek

  • Pengenalan

  • Objektif

  • Pernyataan Masalah

  • Kesignifikanan

  • Kecekapan

  • Replicability

  • Keberkesanan

  • Potensi pelaksanaan.

  • Penulisan abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan

  • Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu

FORMAT LAPORAN PROJEK INOVASI

  1. TAJUK INOVASI

  2. NAMA PASUKAN DAN ORGANISASI/INSTITUSI/SEKOLAH

  1. ABSTRAK

  1. OBJEKTIF

  1. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Sila huraikan keadaan yang diramalkan sebelum inovasi diperkenalkan secara ringkas. Huraian hendaklah disokong dengan banner, gambar rajah, slaid, carta dan sebagainya tentang keadaan sebelum inovasi dilaksanakan.

  1. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Sila nyatakan dengan jelas masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan.

  1. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

  • Hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

  • Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baharu.

  • Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi, contohnya, inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, teknologi maklumat, pengurusan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

  • Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan dan jumlah kos operasi yang terlibat.

  • Situasi semasa pelaksanaan inovasi, berserta dengan gambar, gambar rajah, staid, carta dan sebagainya tentang inovasi tersebut atau keadaan selepas inovasi diperkenalkan.

  1. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN

Sila nyatakan faedah-faedah hasil daripada inovasi yang dilaksanakan dari segi pengurangan kos operasi, penjimatan masa, peningkatan hasil kerja, peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan, atau faedah-faedah iain. Sokong dengan data kuantitatif dan kualitif sekiranya ada.