SYARAT PERTANDINGAN

  • Penyertaan pertandingan ini secara percuma. Pertandingan ini terbuka warga pendidikan daerah Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang sahaja.

  • Penyertaan adalah secara individu atau kumpulan. Ahli setiap kumpulan tidak boleh melebihi lima (5) orang.

  • Projek inovasi mesti ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan dan pengurusan. Projek inovasi yang dicalonkan tidak semestinya menggunakan teknologi, maklumat dan komunikasi ( ICT).

  • Permohonan untuk penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan melalui Google Forms. Hanya satu borang digunakan untuk satu inovasi yang ingin dipertandingkan. Perubahan tajuk dan ahli kumpulan tidak dibenarkan setelah borang penyertaan dihantar kepada urus setia.

  • Abstrak dan laporan projek inovasi hendaklah disediakan mengikut format abstrak dan laporan yang disediakan dan dihantar kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada tarikh 20 Ogos 2021 .

  • Laporan projek inovasi harus ditulis dalam bahasa Melayu.

  • Inovasi yang pernah memenangi hadiah dalam sebarang pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak untuk menyertai pertandingan ini. Walau bagaimana pun, sekiranya ada penambahbaikan/perubahan inovasi yang telah dimenangi peringkat kebangsaan atau antarabangsa boleh menyertai pertandingan ini, paling kurang 30% penambahbaikan inovasi.

  • Peserta perlu mematuhi sesi penghakiman dan penilaian hakim mengikut masa yang ditetapkan.

  • Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan, abstrak, video pembentangan dan laporan projek inovasi serta video pameran digital ialah sebelum atau pada 20 Ogos 2021. Projek yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil sama ada anugerah gangsa, perak, emas mahupun platinum.

  • Keputusan Panel Penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.