Kawalan motor ialah satu sistem elektrik yang digunakan untuk menghidupkan, memberhentikan, melindungi serta mengawal kelajuan dan arah putaran motor elektrik mengikut kehendak pengguna.
Fungsi utama kawalan motor:
Menghidupkan & menghentikan motor (start/stop).
Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
Melindungi motor daripada arus lebih, beban lebih, dan litar pintas dengan adanya alat pelindungan dan kawalan dalam sistem penghidup motor.
Menukar arah putaran motor (forward & reverse).
Mengawal kelajuan dan tork motor dengan selamat
Memberi keselamatan kepada pengguna dan peralatan.
Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
Suis Utama (Main Switch / MCCB / Isolator)
Untuk menyambung dan memutuskan bekalan kuasa utama.
Timer (Relay Masa)
Untuk aplikasi kawalan yang memerlukan kelewatan masa (contoh: Star-Delta)
Pemutus Litar Miniatur (MCB)
Melindungi litar kecil daripada beban lebih & litar pintas.
Penyentuh Magnetik (Magnetic Contactor)
Menghidupkan dan memutuskan bekalan kepada motor secara kawalan jauh.
Relay Haba (Overload Relay)
Melindungi motor daripada arus lebih akibat beban lampau.
Suis Had (Limit Switch)
Kawalan automatik berdasarkan pergerakan mekanikal.
Lampu Isyarat (Pilot Lamp)
Penunjuk status (motor hidup, berhenti, trip).
Suis Tekan (Push Button – NO/NC)
Kawalan manual untuk menghidupkan (Start) dan menghentikan (Stop) motor.
Pemilihan komponen bergantung kepada:
Jenis motor (AC / DC, fasa tunggal / 3 fasa).
Arus nominal motor (In).
Voltan operasi.
Aplikasi kawalan (Forward-Reverse, Star-Delta, Auto Control).
Jenis dan kadaran motor :
3HP / 10.37kW : litar kawalan DOL (DOL, mara songsang, turutan, jogging)
3HP - 10HP : litar kawalan STAR DELTA
10HP - 25HP : litar kawalan AUTO TRANSFORMER
25HP ke atas : litar kawalan ROTOR RESISTANCE
Contoh:
Motor 3 fasa 5HP → contactor dengan rating > 20A, overload relay dengan range arus sesuai (16–24A).
terdapat beberapa simbol asas yang digunakan untuk menerangkan makna dan tujuan litar kawalan motor. Malaysia mengimport peralatan daripada pelbagai negara pengeluar, maka simbol-simbol akan berbeza mengikut pengeluar.
Faham hubungan antara litar utama (main circuit) & litar kawalan (control circuit).
Litar utama → bekalan kuasa ke motor.
Litar kawalan → arahan untuk contactor, relay, timer.
Contoh tafsiran:
Tekan PB Start → arus masuk coil contactor (K) → contactor tertarik → motor hidup.
Tekan PB Stop → coil contactor terputus → motor berhenti.
Pendawaian dilakukan berdasarkan diagram kawalan & utama.
contoh susunan peralatan di control panel:
Atas → MCCB, MCB, fius.
Tengah → contactor, overload relay, timer.
Bawah → terminal block, wiring keluar ke motor
Cara cara membuat pengujian keterusan pengalir pada litar mati
i. Menguji keterusan MCB
ii. Menguji keterusan pengalir neutral) dengan Terminal Neutral
iii. Menguji keterusan dengan Terminal Common
iv. Menguji keterusan dengan Terminal Live gelung
v. Menguji keterusan sesentuh sedia buka
vi. Menguji keterusan sesentuh sedia tutup
Amali Pendawaian Litar Utama & Kawalan
Sediakan peralatan & PPE (safety shoes, sarung tangan, tester).
Matikan bekalan kuasa sebelum pendawaian.
Litar utama: MCCB → contactor → overload → motor.
Litar kawalan: PB Start/Stop → coil contactor → lampu isyarat.
Ujian kefungsian:
Tekan PB Start → motor hidup.
Tekan PB Stop → motor berhenti.
Overload trip → motor berhenti & lampu trip menyala
Kawalan magnetik penting untuk mengawal operasi motor elektrik dengan selamat & berkesan.
Komponen utama: contactor, overload, push button, pilot lamp, timer, MCB, fius.
Litar utama membekalkan kuasa → litar kawalan memberi arahan.
Pelajar perlu mahir membaca, mentafsir, memasang, dan menguji litar kawalan motor mengikut piawaian IEC.