Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatk dan bergantung kepada masa yang ditetapkan seperti saat, minit, jam, mingguan atau bulanan. Alat ini akan beroperasi dengan bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini digunakan untuk litar kawalan.
Prinsip kendalian
Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan mula mengira masa yang ditetap. Setelah ia mengira masa semua sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu daripada keadaan sentiasa terbuka kepada keadaan sentiasa tertutup (NO – NC) manakala keadaan sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka (NC – NO). Apabila bekalan diputuskan ia akan berhenti beroperasi dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala.
Untuk menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan membuat pendawaian yang diselarikan pemasangan bekalannya kepada gegelung penyentuh (coil contactor).
Langkah penyelenggaraan
Petunjuk :-
Punca 2 dan 7 = Gegelung
Punca 5 dan 8 = Sesentuh lazim tertutup
Punca 6 dan 8 = Sesentuh lazim terbuka
1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca gegelung gegemti lewat masa. Sekiranya jarum meter bergerak dan menunjukkan bacaan rintangan, ini menunjukkan penyambungan gegelung dalam keadaan baik dan tidak terputus. Sekiranya jarum meter tidak bergerak, ini menunjukkan penyambungan gegelung terputus.
2. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dan julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca sesentuh lazim tertutup. Sekiranya jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan penyambungan sesentuh lazim tertutup dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum meter bergerak, ini menunjukkan GLM rosak.
3. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dn julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca sesentuh lazim terbuka. Sekiranya jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan penyambungan sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak, ini menunjukkkan GLM rosak