Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan tahan lama, maka satu pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan. Sesebuah motor elektrik jika dikendalikan melebihi daripada kadar keupayaannya akan terjadi beban lampau disebabkan oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau talian yang terbuka dalam sistem berbagai fasa yang mana akan menghasilkan kendalian-kendalian sefasa. Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang berlebihan dimana akan menyebabkannya terlalu panas. Oleh kerana kepanasan yang terik akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan sendirinya merosakan motor itu.
Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban lampau dipasang di penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus berlaku. Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu motor daripada mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau Jenis 'thermo' - peka atau elemen magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau secara tidak langsung melalul alatubah. Geganti beban lampau bekerja untuk menghentikan tenaga elektrik terhadap penghidup atau menghentikan sesebuah motor itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.
Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan iaitu:-
a) Untuk digunakan secara automatik iaitu berfungsi apabila dipasang di tempat yang sukar ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.
b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk memutuskan litar antara 85% - 115% kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus bagi litar kawalan memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan logam mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu sesentuh lazim tutup (normally close) akan terbuka dan motor akan berhenti beroperasi
GBL dengan empat terrminal
GBL dengan tiga terminal
Prinsip Kerja
Ketika berlaku beban lampau pada motor arus beban yang mengalir di geganti haba akan melebihi dari nilai arus yang telah di setkan pada geganti haba.
Alat logam dua lapis akan menjadi panas dan ia membengkok.
Ia akan menolak bar kerja dan seterunya menolak sesentuh – sesentuh tripping.
Dengan ini geganti haba pelantik dan mengendalikan penyentuh di mana ia akan memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa.
Untuk menghidupkan litar semula, punat reset hendaklah ditekan dahulu untuk mengendalikan sesentuh tripping kepada kedudukan asal.
Pelindung Tanpa Volt.
Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga dawai. Ini bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan berlaku tetapi tidak akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.
Langkah pengujian GBL
Sentuhkan probe merah (+) dan sentuhkan probe hitam (-) pada kedua-dua punca beben lampau. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan punca berkedudukan dalam keadaan lazim terbuka.
Pastikan semasa hendak menguji gegenti beban lampau, punat reset ditekan terlebih dahulu.
Pengujian GBL juga boleh dilakukan dengan menolak pelantik bagi memastikan sesentuh lazim tutup tertutup dan sesentuh lazim terbuka berfungsi dengan baik.