pusat kecemerlangan pedagogi peribumi kebangsaan





LAWATAN PENANDAARASAN IAB CAWANGAN GENTING highlands KE PKPPK

Pihak Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti dan Berkeperluan Khusus, Institut Aminudin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH) telah melakukan kunjungan hormat ke Pusat Kecemerlangan Peribumi Kebangsaan (PKPPK) IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan pada tarikh 17 April 2024. Kunjungan diketuai oleh Pengarah Cawangan IABCGH iaitu En. Norazmir bin Ahmad bersama 6 pensyarah yang lain. Kunjungan ini rentetan daripada IABCGH telah dilantik sebagai urus setia penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Oleh demikian, lawatan ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan penubuhan dan pengoperasian pihak PKPPK IPGMKTAA. Pihak PKPPK berbesar hati menerima kunjungan dan berkongsi kepakaran yang dimiliki. Selain itu, pihak PKPPK juga telah menerangkan sejarah ringkas penubuhan PKPPK yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohamed dan perkongsian berkaitan Modul Naturegogi yang disampaikan oleh En. Norhyisyamudin bin Kamil. Pihak IABCGH juga telah dibawa melawat Galeri Peribumi PKPPK bagi melihat hasil kraftangan masyarakat orang asli dan juga program-program yang telah dijalankan oleh PKPPK sejak ia ditubuhkan. 

Kunjungan YBhg. Datuk Hj. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali ke galeri peribumi pkppk

Yang Berbahagia Datuk Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang ke-18 telah berbesar hati untuk berkunjung dan meluangkan masa ke Galeri Peribumi PKPPK pada 18 Februari 2024. Beliau sangat berbangga dengan usaha PKPPK yang telah mengetengah dan memperkenal khazanah dan hasil kraftangan masyarakat orang asli ke masyarakat umum. Secara umumnya secara peribadi beliau mengkagumi dan menghargai usaha serta program yang telah dijalankan PKPPK dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat orang asli. Tambah beliau lagi, hasil kraftangan dan produk yang terdapat di Galeri Peribumi ini perlu diangkat ke peringkat antarabangsa agar ia tidak lapuk ditelan zaman dan dapat menjadi tatapan masyarakat umum. 

MESYUARAT PROGRAM SEWANG DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Mesyuarat untuk program sewang di Universiti Malaya pada 10 Januari 2023. Program ini adalah program bersama Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dengan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan IPGMKTAA.