Jabatan
ilmu pendidikan

BENGKEL PENANDAAN E-MARKING UNTUK PENSYARAH EDUP3153

Bengkel telah diadakan pada 3 April 2024 (Rabu) bertempat di Makmal Komputer 3 IPGKTAA. Bengkel ini telah dihadiri oleh 4 orang pensyarah yang mengajar subjek EDUP3153 (Pentaksiran Dalam Pendidikan) dan dijalankan secara bersemuka. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan latihan sebagai persediaan pensyarah untuk menggunakan sistem ini bagi menanda jawapan pelajar secara dalam talian diakhir semester ini. Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Ikmal Hisham bin Mat Idera.

WEBINAR: ISU PENTAKSIRAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Webinar: Isu Pentaksiran Sekolah di Malaysia telah dijalankan pada 26 Mac 2024 secara dalam talian menggunakan platform Google Meet dan Youtube Live. Ia melibatkan 4 orang pensyarah dan terdiri daripada 128 orang pelajar Bahasa Melayu Unit 1-4 dan Bahasa Cina Unit 1-2, Ambilan Jun 2021/2026. Webinar telah dijalankan bertempat di Dewan Kuliah A IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dan disampaikan oleh Dr Mohd Sahardi bin Ismail. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru berkenaan pentaksiran dalam sekolah di Malaysia. 

BENGKEL PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (STATISTIK)

Bengkel Pentaksiran Dalam Pendidikan (Statistik) telah dijalankan pada 5 Mac 2024 secara bersemuka. Ia melibatkan 4 orang pensyarah dan terdiri daripada 128 orang pelajar Bahasa Melayu Unit 1-4 dan Bahasa Cina Unit 1-2, Ambilan Jun 2021/2026. Bengkel telah dijalankan bertempat di Dewan Kuliah A IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dan disampaikan oleh Dr Siti Nurashiken binti Md Sabudin. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan Asas Statistik.  Program telah berlansung dengan jayanya. 

PEMBENTANGAN CADANGAN PENYELIDIKAN KURSUS PAKK3143 PELAJAR PISMP PAKK AMBILAN JUN 2021/2026

Pembentangan cadangan penyelidikan ini telah dijalankan pada 3 dan 4 April 2024 (Rabu dan Khamis) bertempat di Bilik Binjai dan Bilik Bapong, IPGKTAA. Seramai 15 orang pelajar telah membuat pembentangan di hadapan panel yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah JIP. Seramai 9 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai telah memberikan maklum balas dan perkongsian bagi tujuan penambahbaikan penulisan cadangan penyelidikan pelajar. Obejktif utama program ini ialah agar setiap pelajar yang merancang untuk melaksanakan penyelidikan perlu membentangkan kertas cadangan penyelidikan bagi memenuhi syarat lulus dalam kursus PAKK3143. Ia juga diharapkan agar pelajar memahami hala tuju kajian yang akan dijalankan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (INTEGRASI ) PERMATA, PUTRAJAYA

Program telah dijalankan pada 27 Februari 2024 yang melibatkan 6 orang pensyarah dan terdiri daripada 56 orang pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ambilan Jun 2021/2026. Program lawatan ini merupakan suatu inisiatif untuk memberi pendedahan dan pengalaman terhadap penilaian dan pentaksiran yang dilaksanakan di prasekolah dan memberi pengalaman langsung kepada siswa guru tentang pentaksiran dalam bilik darjah untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan kelak. Antara objektif uatama lawatan ini ialah Mengeratkan hubungan silaturahim antara siswa guru dengan kanak-kanak serta menjalinkan hubungan baik dengan pihak prasekolah, mendedahkan kepada siswa guru mengenai prosedur pentaksiran bilik darjah dalam pendidikan awal kanak-kanak dan membuka minda para siswa guru mengenai konsep penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak. 

AKTIVITI PERMAINAN LUAR : SUKANEKA KANAK-KANAK PRASEKOLAH IPGMKTAA 2024

Program telah dijalankan pada 6 Februari 2024 yang melibatkan 10 orang pensyarah dan terdiri daripada 45 orang pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak. Program ini telah dijalankan bertempat di Prasekolah dan Padang Bola Jaring Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.  

Antara objektif program ini ialah memberi peluang kepada guru pelatih mempelajari, mengaplikasi dan memperoleh pengalaman dalam mengendalikan aktiviti sukaneka sewaktu di prasekolah di masa hadapan, memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam mengawal pergerakan kanak-kanak (peserta sukaneka) dan merapatkan perpaduan dan hubungan silaturahim antara pensyarah dan para pelajar antara satu sama lain.

WEBINAR: APLIKASI DIGITAL UNTUK PENGHASILAN E-PORTFOLIO

Webinar telah dijalankan pada 5 Februari 2024 secara Live Streaming menggunakan platform Youtube. Ia melibatkan 4 orang pensyarah dan terdiri daripada 128 orang pelajar Bahasa Melayu Unit 1-4 dan Bahasa Cina Unit 1-2, Ambilan Jun 2021/2026. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan aplikasi Wakelet dalam penghasilan E-Portfolio.