Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi

bengkel pemurnian modul eXpert

Bengkel Pemurnian Modul ExPERT 2024 telah dilaksanakan pada 16 April 2024 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik modul ExPERT yang akan digunakan dalam Program Excellent Pahang Educational Research Team (ExPERT), Bengkel Siri 1 hingga Siri 5, anjuran bersama IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang khusus untuk guru-guru negeri Pahang. Seramai 9 orang panel daripada IPGMKTAA dan JPNP terlibat dalam bengkel ini.

Minda inovasi digital afzan 2024

Pertandingan Minda Inovasi Digital Afzan 2024 telah dilaksanakan pada 27-28 Februari secara dalam talian. Program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi pendidikan digital dalam kalangan pelajar IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Seramai 25 projek inovasi telah dipertandingkan dengan melibatkan 100 orang inovator muda daripada pelbagai unit pengajian. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Nor Asiah Ismail, A.A.P., Penolong Ketua Kluster 3, Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi.  

kunjung hormat KE JABATAN PENDIDIKAN nEGERI pahang

Satu lawatan kunjung hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah diadakan pada 5 Februari 2024 bagi menyantuni Pengarah JPNP yang baharu iaitu Encik Amzan bin Abd Malek. Delegasi IPGMKTAA turut disertai oleh Tuan Pengarah, Haji Abdullah Mohd Yusof, S.M.P. dan Tuan Timbalan Pengarah, Dr. Hj. Shukri Ismail. Pertemuan selama 3 jam itu turut membincangkan pelaksanaan program Excellent Pahang Educational Research Team (ExPERT 2024), iaitu satu program kerjasama IPGMKTAA dan JPNP.   

lawatan penanda aras KE ipgmkda

Dengan bertemakan "Kelestarian Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi", IPGMKTAA telah mengadakan lawatan penanda aras ke IPGM Kampus Darul Aman, Kedah pada 23-25 Januari 2024. Lawatan ini merupakan satu inisiatif jabatan untuk memperkasakan pengurusan penyelidikan dan inovasi di IPGMKTAA. Lawatan selama 3 hari ini disertai oleh Ketua Jabatan JPPI, Dr. Suriati Sulaiman, A.A.P., Timbalan Ketua Jabatan/Ketua Unit Penyelidikan, Dr. Muhamad Nazri Abdul Rahman, Ketua Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar, Dr. Zamani Ibrahim, A.M.P., Ketua Unit Hubungan Luar dan Antarabangsa, Dr. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail dan Ketua Unit Penerbitan dan Penataran, Dr. Ahmad Ridwan Osman.