Jabatan Sains Sosial

PAMERAN SENI & INOVASI PENDIDIKAN ORANG ASLI 2024 

Program Pameran Seni dan Inovasi ini akan dilaksanakan pada 23 APRIL 2024 bertempat di KAFE IPGKTAA antara Fakulti Pendidikan UITM bersama IPGMKTAA & Pusat Perkembangan Pedagogi Pendidikan Orang Asli. Program seumpama ini diharap dapat memberi impak dan jalinan berterusan antara kedua-dua intitusi bagi mengorak langkah hubungan erat seterusnya.

KEMBARA VISUAL 2024 KE FAKULTI SENI, KELESTARIAN DAN INDUSTERI KREATIF (UPSI)

Program Kembara Visual 2024 telah dilaksanakan pada 22-23 Februari 2024 melalui Kursus PSVK1152 dan PSVK3462. Terdiri daripada para pelajar PPISMP AMBILAN JUN 2023/2028 (TERAS) dan PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 (ELEKTIF). Matlamat rogram ini bagi siswa guru dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat apresiasi serta penerokaan Asas Seni Reka (Unsur Seni dan Prinsip Rekaan) pada karya seni visual 2 dimensi atau 3 dimensi melalui penggunaan media, proses dan teknik yang akan dipelajari. Selain itu, siswa guru juga mengaplikasikan pengetahuan Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual dengan membuat kajian menerusi apresiasi dan kritikan yang telah dilaksanakan. Pengalaman yang akan diperolehi kelak akan dapat membantu siswa guru membina dan mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak, membuat penilaian diri dan mengenali cita rasa sendiri.

MOH KARNIVAL MAKMUR

Penganjuran Moh Karnival Makmur pada 26-28 Januari 2024 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri merapatkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat dan memberi manfaat terus kepada rakyat. YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM5 juta bagi menjayakan karnival ini yang akan dilaksanakan di setiap daerah di mana Lipis merupakan daerah pertama penganjuran. Beliau berkata, melalui Karnival Makmur ini pelbagai agensi kerajaan dapat jumpa terus penduduk di daerah Lipis ini. Pihak IPGMKTAA tidak ketinggalan dengan diwakili oleh para pelajar dan pensyarah daripada Jabatan Sains Sosial yang terdiri daripada Unit PSV dan Unit Muzik turut serta mempersembahkan produk masing-masing di karnival tersebut. Selain lukisan karekatur, persembahan pentas, pertandingan catan bangunan-bangunan klasik dan sebagainya menyerikan lagi karnival yang mendapat sambutan hangat penduduk sekitar dan mahu pun dari luar Kuala Lipis.