unit peperiksaan & penilaian

bengkel penggunaan sistem pengurusan peperiksaan (items) kepada pensyarah baru ipgmktaa 2023

Bengkel yang telah diadakan 7 Setember 2023 adalah untuk memberi maklumat berkenaan penggunaan sistem pengurusan peperiksaan (i-TEMS)    kepada semua pensyarah baharu yang baru. Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang baharu dilantik. Diharapakan semua peserta telah dapat menggunakan sistem iTEMS. 

lawatan EE PISMP BAHASA CINA dan pakk bagi peperiksaan MEI 2023

Bagi memestikan kualiti yang berada pada tahap yang maksima, Unit Peperiksaan dilawati oleh Pegawai dari IPGM dan Pegawai Luar yang dilantik. Lawatan ini bertujuan memastikan semua prosedur yang ditetapkan telah dipatuhi dengan baik oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. Tahniah kepada semua pensyarah yang terlibat dan semua ahli UPP dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan mengikut prosedur yang betul.

MAJLIS PENGHARGAAN & salam perkenalan ahli upp 2023

Majlis Penghargaan dan Salam perkenalan ahli Unit Peperiksaan 2023 yang telah diadakan pada 9 Januari 2023. Unit Peperiksaan dan Penilaian Kampus Tengku Ampuan Afzan merakamkan ucapan jutaaan terima kasih kepada Dr.Wan Azlan bin Wan Adnan dan CIk Badariah binti Majid sepanjang berkhidmat di bawah UPP IPGMKTAA.

Salam perkenalan dan selamat datang untuk warga UPP baharu iaitu En Kamal Afendi bin Akob sebagai Pegawai Pengurusan, En. Rozman bin Rosely sebagai Penolong Ketua unit 1 Merangkap Penyelaras Pentaksiran Berterusan Institut dan Puan Shahida Nalini binti Mat Sabri sebagai penyelaras Konvokesyen Institut. 

Turut hadir bersama memeriahkan majlis adalah mantan Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Ustza Azizul .