Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP- Bahasa Melayu)
Objektif Pembelajaran Digital bagi Interdisiplinari kursus Semester 1 PPISMP ( BMMB1074) Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, (BMMB1084) Asas Tatabahasa Bahasa Melayu, (BMMB1094) Kemahiran Bahasa Melayu ini dibangunkan bagi membantu pelajar meneroka penghasilan pembelajaran digital dalam menjelajahi sejarah Bahasa Melayu, mendalami aspek sintaksis dan kemahiran Bahasa Melayu dengan lebih terperinci.
Kursus: BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Semester: Satu
Tahun: 2022
HPK1/CLO1: Menjelaskan asal usul bahasa Melayu dan sejarah awal perkembangan bahasa Melayu. (C2, HPP1)
Kursus: BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu
Semester: Satu
Tahun: 2022
HPK2/CLO2: Menilai pengetahuan asas sintaksis. (C5, HPP2, KKG7)
Kursus: BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu
Semester: Satu
Tahun: 2022
HPK3/CLO3: Menunjuk cara aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu. (C3, A2, HPP2, HPP4, KKG1, KIK5)
Pembelajaran Bermakna 1
Mengenali Sejarah, Mendalami Bahasa
Bagaimanakah lawatan ke tapak sejarah Pengkalan Kempas dapat menjelajahi sejarah dan dalam masa yang sama dalam mendalami aspek bahasa?
Adakah terdapat kaitan batu bersurat yang terdapat di tapak bersejarah itu ada kaitannya dengan pengaruh Islam dengan sejarah Bahasa Melayu melalui jelajah sejarah itu?
Adakah penjelajahan sejarah tersebut dapat menilai kemahiran bertutur melalui video yang dihasilkan?
Bagaimanakah aspek bahasa dapat didalami melalui aktiviti lawatan di tempat bersejarah?
Bagaimanakah penjelajahan sejarah dan pendalaman aspek bahasa itu dapat meningkatkan kompetensi global 6C?
Pembelajaran Bermakna 2
Pembelajaran digital, Pemacu kecermelangan pendidikan
Mengapakah pembelajaran digital mampu menarik perhatian pelajar?
Bagaimanakah pembelajaran digital menjadi pemacu dalam kejayaan pendidikan?
Bagaimanakah aspek kemahiran membaca didalami dalam aktiviti penghasilan CoSpaces?
Adakah pembelajaran secara virtual ini mengembangkan kreativiti pelajar?