Pensyarah memberi tugasan kepada pelajar. Elemen tugasan tersebut mengandungi:
1. Berkaitan dengan Setting (Tugasan yang diberikan berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, Soalan-soalan pencetus idea (EQ), dan Idea Utama (TBI).
2. Bersifat Adventure Real Experience (ARE) (Tugasan yang diberikan bersifat meneroka. Pelajar akan belajar menerokai pembelajaran dalam dunia yang sebenarnya dengan membuat lawatan sebenar di tempat bersejarah. Kaedah ini benar-benar bersifat adventure dan mereka memperoleh pengalaman sebenarnya melalui ARE).
3. Ada aktiviti: D-Destination, S-Searching, O-Observation, F-Feedback, E-Evaluation (D’SOFE). (Tugasan tersebut mempunyai ciri-ciri iaitu destinasi pembelajaran mereka iaitu (tempat bersejarah), bersifat searching iaitu mencari maklumat berdasarkan pelbagai sumber, pelajar membuat pemerhatian daripada apa yang disaksikan, mendapat maklum balas daripada komuniti atau pihak luar atau sesiapa sahaja tentang maklumat sedia ada yang diperoleh, dan bersifat penilaian dengan membuat Google Form untuk mendapat maklumat daripada sesiapa sahaja).
TUGASAN YANG DIBERI
Pengaruh Bahasa Melayu dengan kedatangan Islam amat berkait rapat dengan memperlihatkan kesannya daripada sejarah. Antaranyanya ialah kesan sejarah melalui penjelajahan ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Selain itu, kita bukan sahaja dapat membuat penerokaan daripada penjelahan tersebut, tetapi dapat mendalami bahasa dengan misi "Jelajahi Sejarah, Dalami Bahasa".
Berdasarkan HPK/CLO ketiga-tiga kursus, secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan satu video tentang lawatan anda ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan dengan mengaitkan pengaruh asing dalam bahasa Melayu. Selepas itu, diminta untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan daripadakumpulan lain tentang “video simulasi” yang dihasilkan itu dengan membuat penilaian dari aspek pengetahuan dan penggunaan asas sintaksis, kemahiran bertutur dan mendengar, dan kandungan tugasan tersebut. Video tersebut hendaklah berdurasi antara 5 hingga 7 minit berdasarkan panduan STARS yang diberikan.
Setiap kumpulan diminta menghasilkan Nama Kumpulan, Logo Kumpulan, Moto Kumpulan dan War Cry kumpulan.