Pensyarah memberi tugasan kepada pelajar. Elemen tugasan tersebut mengandungi:
1. Berkaitan dengan Setting (Tugasan yang diberikan berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, Soalan-soalan pencetus idea (EQ), dan Idea Utama (TBI).
2. Bersifat Adventure Real Experience (ARE) (Tugasan yang diberikan bersifat meneroka. Pelajar akan belajar menerokai pembelajaran dalam dunia digital yang sebenarnya dengan membuat Cospaces Edu. Kaedah ini benar-benar bersifat adventure dengan meneroka Cospaces melalui pembelajaran sendiri dan mereka memperoleh pengalaman sebenarnya melalui ARE).
3. Ada aktiviti: D-Destination, S-Searching, O-Observation, F-Feedback, E-Evaluation (D’SOFE). (Tugasan tersebut mempunyai ciri-ciri iaitu destinasi pembelajaran mereka iaitu (Cospaces), bersifat searching iaitu mencari maklumat berdasarkan pelbagai sumber, pelajar membuat pemerhatian daripada apa yang disaksikan dan dipelajari, mendapat maklum balas daripada rakan-rakan atau sesiapa sahaja tentang maklumat penghasilan Cospaces dan bersifatkan penilaian dengan menerima maklum balas hasil yang telah dilakukan daripada sesiapa sahaja).
TUGASAN YANG DIBERI
Pendidikan abad ke-21 telah menjadi satu aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Pendidikan alaf baharu ini dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Berdasarkan HPK/CLO kursus ini, secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan satu virtual menggunakan aplikasi CoSpaces Edu. Virtual anda hendaklah mengandungi soalan-soalan yang diajukan kepada sesiapa yang melihat virtual anda untuk menilai tahap pemahaman mereka dalam kemahiran membaca. Selepas itu, vrtual ini akan dibentangkan di hadapan pensyarah serta siswa dan siswi guru. Seterusnya, virtual anda akan dinilai berdasarkan maklum balas daripada pensyarah serta siswa dan siswi guru.