BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
HPK1/CLO1: Menjelaskan asal usul bahasa Melayu dan sejarah awal perkembangan bahasa Melayu. (C2, HPP1)
BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu
HPK2/CLO2: Menilai pengetahuan asas sintaksis. (C5, HPP2, KKG7)
BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu
HPK3/CLO3: Menunjuk cara aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu. (C3, A2, HPP2, HPP4, KKG1, KIK5)
CIRI-CIRI DLO
6C : character, citizenship, Communication, Collaborative, Creativity, critical thinking
3R : Rigor, Relationship, Relevance
3E : Engagement, Enhancement, Extention
Hasrat Pembelajaran
Saya belajar tentang media pengajaran yang kreatif dan berkesan seiring dengan kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan
Saya belajar tentang cara menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran yang tepat
Saya belajar tentang ciri-ciri guru yang kompeten
Saya belajar tentang pembaharuan kaedah pembelajaran
Kriteria Kejayaan
Saya dapat menghasilkan media pengajaran yang berkesan untuk menjadi guru yang kompeten
Saya dapat menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran yang tepat menggunakan instrumen penilaian dengan cekap
Saya dapat membentuk pemikiran guru yang sentiasa kreatif dalam sesi pengajaran
Saya dapat mengetengahkan kaedah pembelajaran yang baharu dalam menggabungkan pelbagai pembelajaran dalam satu tugasan
Tugasan
Berdasarkan HPK/CLO ketiga-tiga kursus, secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan satu video tentang lawatan anda ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan dengan mengaitkan pengaruh asing dalam bahasa Melayu. Selepas itu, diminta untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan daripada kumpulan lain tentang “video simulasi” yang dihasilkan itu dengan membuat penilaian dari aspek pengetahuan dan penggunaan asas sintaksis, kemahiran bertutur dan mendengar, dan kandungan tugasan tersebut. Video tersebut hendaklah berdurasi antara 5 hingga 7 minit berdasarkan panduan STARS yang diberikan.
Digital Tools
YouTube
Google form
Capcut