TIGA KURSUS TERLIBAT SECARA INTERDISIPLINARY MELALUI TUGASAN TUTORIAL
BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
HPK1/CLO1: Menjelaskan asal usul bahasa Melayu dan sejarah awal perkembangan bahasa Melayu. (C2, HPP1)
BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu
HPK2/CLO2: Menilai pengetahuan asas sintaksis. (C5, HPP2, KKG7)
BMMB109 Kemahiran Bahasa Melayu
HPK3/CLO3: Menunjuk cara aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu. (C3, A2,
HPP2, HPP4, KKG1, KIK5)
FASA S-SETTING (TEGO)
TEGO
1. T-Target: What issue? (Apakah perkara atau isu yang hendak dilaksanakan)
2. E-Elaborate: Essential Question (EQ) untuk Knowledge (K) dan Skill (S) & Evaluate (E)/Pentaksiran (Nyatakan sebanyak mungkin EQ atau soalan-soalan pencetus idea untuk memperluas dimensi pemikiran dan penerokaan)
3. G-Generalisation: The Big Idea (TBI) (Mengenal pasti konsep mikro, makro dan seterusnya TBI atau Idea Utama.
4. Objective: HP & KK (Menyenaraikan Hasrat pembelajaran dan Kriteria Keajayaan untuk membawa hala tuju atau matlamat pembelajaran)
1. T-Target: What issue?
2. E-Elaborate: Essential Question (EQ) untuk Knowledge (K) dan Skill (S) & Evaluate (E)/Pentaksiran
3. G-Generalisation: The Big Idea (TBI)
4. O-bjective: HP & KK
T-Target: What issue? (Apakah perkara atau isu yang hendak dilaksanakan?)
Kami akan melaksanakan suatu proses pembelajaran luar bilik darjah dengan dengan memilih suatu tempat bersejarah di lapangan yang dinamakan Tapak Sejarah Pengkalan Kempas, negeri Sembilan.
E-Elaborate: Essential Question (EQ) (Nyatakan sebanyak mungkin EQ atau soalan-soalan pencetus idea untuk memperluas dimensi pemikiran dan penerokaan serta TBI)
Essential Question (EQ) atau Soalan-soalan Pencetus Idea
Bagaimanakah lawatan ke tapak sejarah Pengkalan Kempas dapat menjelajahi sejarah dan dalam masa yang sama dalam mendalami aspek bahasa?
Adakah terdapat kaitan batu bersurat yang terdapat di tapak bersejarah itu ada kaitannya dengan pengaruh Islam dengan sejarah Bahasa Melayu melalui jelajah sejarah itu?
Adakah penjelajahan sejarah tersebut dapat menilai kemahiran bertutur melalui video yang dihasilkan?
Bagaimanakah aspek bahasa dapat didalami melalui aktiviti lawatan di tempat bersejarah?
Bagaimanakah penjelajahan sejarah dan pendalaman aspek bahasa itu dapat meningkatkan kompetensi global 6C?
G-Generalisation: The Big Idea (TBI) (Mengenal pasti konsep mikro, makro dan seterusnya TBI atau Idea Utama)
Mengenali Sejarah, Mendalami bahasa
Objective: HP & KK (Menyenaraikan Hasrat pembelajaran dan Kriteria Kejayaan untuk membawa hala tuju atau matlamat pembelajaran)
Hasrat pembelajaran (HP)
Saya belajar meningkatkan pengetahuan tentang sejarah Bahasa Melayu melalui lawatan di tempat bersejarah.
Saya belajar menilai aspek tatabahasa ketika aktiviti menjelaskan perjalanan pengalaman pembelajaran melalui video yang dihasilkan.
Saya belajar meningkatkan kemahiran bertutur ketika menghasilkan video lawatan di tempat sejarah.
Saya belajar mengenal pasti aspek-aspek penting tentang kandungan berhubung dengan sejarah Bahasa Melayu yang perlu diambil kira ketika penilaian dilaksanakan.
Saya belajar menjelaskan aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika penilaian aspek bahasa dalam video yang dihasilkan.
Saya belajar mengenal pasti aspek-aspek kemahiran bertutur yang diambil kira ketika aktiviti bertutur melalui video yang dihasilkan.
Saya belajar meningkatkan kefahaman melalui maklum balas yang diberikan oleh rakan dan pensyarah ketika aktiviti perkongsian pembelajaran dilaksanakan.
Saya belajar membina item-item dalam Google Form untuk melaksanakan penilaian dan mendapat maklum balas daripada rakan, pensyarah dan kepada sesiapa sahaja yang dapat mengakses pautan penilaian yang diberikan.
Saya belajar menambah baik aspek-aspek yang perlu diambil kira berdasarkan maklum balas yang diberikan.
Kriteria Kejayaan (KK)
Saya dapat meningkat pengetahuan tentang sejarah Bahasa Melayu melalui lawatan di tempat bersejarah.
Saya dapat menilai aspek tatabahasa ketika aktiviti menjelaskan perjalanan pengalaman pembelajaran melalui video yang dihasilkan.
Saya dapat meningkatkan kemahiran bertutur ketika menghasilkan video lawatan di tempat sejarah.
Saya dapat mengenal pasti aspek-aspek penting tentang kandungan berhubung dengan sejarah Bahasa Melayu yang perlu diambil kira ketika penilaian dilaksanakan.
Saya dapat menjelaskan aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika penilaian aspek bahasa dalam video yang dihasilkan.
Saya dapat mengenal pasti aspek-aspek kemahiran bertutur yang diambil kira ketika aktiviti bertutur melalui video yang dihasilkan.
Saya dapat meningkatkan kefahaman melalui maklum balas yang diberikan oleh rakan dan pensyarah ketika aktiviti perkongsian pembelajaran dilaksanakan.
Saya dapat membina item-item dalam Google Form untuk melaksanakan penilaian dan mendapat maklum balas daripada rakan, pensyarah dan kepada sesiapa sahaja yang dapat mengakses pautan penilaian yang diberikan.
Saya dapat menambah baik aspek-aspek yang perlu diambil kira berdasarkan maklum balas yang diberikan.