Edisi kedua buku teks popular ini mengekalkan kekuatan edisi pertama dari segi kejelasan, aksesibiliti, kecanggihan konsep dan liputan menyeluruh tentang personaliti serta kecerdasan. Penambahan dua sarjana antarabangsa, Luke Smillie dan John Song, memperluas serta memperkukuh kandungannya. Baca Selanjutnya ...
Edisi kelima ini menawarkan pengenalan komprehensif dan mesra pembaca tentang personaliti, perbezaan individu serta kecerdasan. Membincangkan isu asas dari perspektif biologi, fisiologi dan psikologi, selaras dengan kurikulum UK dan Eropah. Dengan pendekatan pedagogi bertahap, ciri “Stop and Think”, serta lebih 150 kajian baharu dan topik semasa . Baca Selanjutnya ...
Buku ini menjelaskan aplikasi penyelidikan psikologi pendidikan dalam bilik darjah dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Menggabungkan teori dan amalan bagi membantu guru menangani isu pengajaran harian secara inklusif. Menampilkan analisis neurosains yang diperluas, pembelajaran sosial-emosi, pengajaran berasaskan trauma, serta isu identiti, dan ras. Baca Selanjutnya ...
Buku membincangkan menekankan aplikasi teori dalam amalan bilik darjah sebenar dengan menghubungkan konsep, kajian ilmiah dan pengalaman guru pelbagai peringkat. Sistem Pembelajaran Santrock menyusun kandungan mengikut matlamat pembelajaran, peta mini bab dan kajian kes akhir bab bagi mengukuhkan refleksi serta pemahaman pelajar. Baca Selanjutnya ...
Buku ini menghubungkan teori dengan amalan bagi membantu pembaca memahami konsep dan mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Edisi ke-11 memuatkan penyelidikan terkini tentang pembelajaran, perkembangan, motivasi dan pentaksiran, termasuk liputan menyeluruh mengenai kepelbagaian, teknologi, konteks pembelajaran dan neuropsikologi. Baca Selanjutnya ...
Buku ini memberikan gambaran komprehensif tentang pengaruh psikologi sosial, perkembangan dan kognitif terhadap peranan ahli psikologi pendidikan. Mmbincangkan isu, dilema serta amalan berasaskan bukti, termasuk sokongan kesihatan mental di sekolah. Menggabungkan penyelidikan dan praktik harian, ia menjadi rujukan penting untuk memahami potensi dan batas bidang ini. Baca Selanjutnya ...