PENERBITAN
SPFK 2025 akan menerbitkan sebuah e-Buku Abstrak SPFK2025 yang merangkumi semua abstrak (pembentangan umum & pembentangan inovasi) sebagai rujukan rasmi seminar dan penerbitan dalam Jurnal EDUCATUM bagi manuskrip penuh yang memenuhi syarat penerbitan. Semua pembentang diminta mematuhi garis panduan berikut bagi memastikan keseragaman format dan kelancaran proses penerbitan.
E-BUKU ABSTRAK
Abstrak boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Templat abstrak boleh diakses melalui pautan yang disediakan oleh urus setia (klik sini untuk templat abstrak).
Contoh abstrak daripada penganjuran SPFK terdahulu turut disediakan sebagai rujukan (klik sini untuk contoh).
MANUSKRIP PENUH
Pembentang kategori umum dan kategori inovasi digalakkan menghantar manuskrip penuh untuk pertimbangan penerbitan dalam Jurnal EDUCATUM (https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJSMT), tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan jurnal.
Syarat Umum
Manuskrip penuh ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Panjang manuskrip adalah antara 5 hingga 10 muka surat, termasuk senarai rujukan.
Manuskrip mestilah belum pernah diterbitkan, dan belum dipertimbangkan untuk diterbitkan di mana-mana jurnal lain.
Penghantaran fail hendaklah dalam format berikut:
OpenOffice, Microsoft Word, atau RTF.
URL rujukan hendaklah disertakan sekiranya relevan.
Indeks persamaan (plagiarisme) hendaklah kurang daripada 30%.
Format Penulisan
Penulisan manuskrip hendaklah mengikuti templat rasmi Jurnal EDUCATUM (klik sini untuk templat Jurnal EDUCATUM)
Pembentang hendaklah menyediakan dan menghantar dua versi manuskrip:
Versi A: Mengandungi nama penulis, universiti dan alamat emel.
Versi B: Tidak menyatakan nama penulis, universiti dan alamat emel bagi tujuan proses semakan double review.
Kaedah Penghantaran
Kedua-dua versi manuskrip (A dan B) hendaklah dimasukkan ke dalam satu folder Google Drive.
Folder tersebut perlu dikongsi dengan tetapan “as editor” untuk capaian urus setia.
Pautan Google Drive tersebut hendaklah dihantar melalui Google Form (klik sini untuk capaian ke Google Form)
Pembentang perlu memastikan semua maklumat berikut diisi dengan lengkap dalam borang:
Nama pembentang
Nombor rujukan artikel
Alamat emel
Nombor telefon
Tajuk artikel
Pautan Google Drive manuskrip penuh
Tarikh Akhir Penghantaran
Manuskrip penuh perlu dihantar selewat-lewatnya pada 26 Disember 2025.
Yuran Penerbitan
Manuskrip yang DITERIMA untuk diterbitkan dalam Jurnal EDUCATUM akan dikenakan bayaran penerbitan tambahan sebanyak RM100.
*kemaskini pada 27 November 2025