Sinopsis
Sesi perkongsian binaan kit bagi eksperimen Gay-Lussac yang kurang mendapat sambutan untuk dilaksanakan di makmal sekolah kerana keperluan masa dan radas yang terhad.
Radas ini telah terpilih untuk dibentangkan dalam pertandingan Malaysian Toray Science Education (MTSF) pada tahun 2025 dan masih menunggu keputusan.
Konsep plug and play dalam menjalankan eksperimen wajib Fizik tingkatan 4 ini sangat membantu pemahaman teori pelajar dan menjimatkan waktu guru dalam pelaksanaan amali. Proses pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan 2 waktu penuh sehinggalah murid dapat memplotkan graf dan membuat perbincangan.
Hasil Pembelajaran Bengkel
Boleh membina satu graf meningkat secara linear yang nilainya hampir memotong paksi x pada suhu mutlak (-273 darjah Celcius)
Persediaan Peserta
Kertas graf atau kelengkapan melukis graf
Pn. Maryam Jameelah Binti Zainol Abidin
Duta Guru STEM
SMK Kg Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak