Sinopsis
Bengkel ini bertujuan memperkenalkan RenewEd3D, sebuah aplikasi pendidikan interaktif berasaskan teknologi Virtual Reality (VR) Bukan Imersif yang dibangunkan khusus untuk menyokong Pendidikan Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk subjek Sains dan Fizik di sekolah menengah. Aplikasi ini direka bentuk untuk memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan mendalam melalui penerokaan dunia maya 3D yang mudah diakses oleh guru dan pelajar.
Peserta bengkel akan didedahkan kepada:
Pengenalan RenewEd3D – latar belakang pembangunan, objektif, dan hubung kaitnya dengan isu tenaga global serta kurikulum sains sekolah menengah.
Demontrasi Penggunaan Platform STEAM – cara navigasi dalam aplikasi, kaedah pembelajaran berasaskan penerokaan maya, dan aktiviti kuiz interaktif.
Integrasi dalam PdP – strategi penggunaan selepas sesi pembelajaran konvensional sebagai pendekatan pengukuhan, seterusnya meningkatkan minat dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan tenaga boleh baharu.
Perkongsian Pengalaman Pembangunan – cabaran, inovasi, dan potensi penambahbaikan aplikasi untuk kegunaan lebih meluas.
Bengkel ini sesuai diikuti oleh guru, pendidik, serta penggiat pendidikan digital yang berminat meneroka penggunaan teknologi VR dalam pengajaran. Melalui sesi perkongsian ini, peserta bukan sahaja dapat memahami kaedah penggunaan RenewEd3D, malah dapat melihat potensi inovasi digital dalam memperkaya pedagogi abad ke-21.
Hasil Pembelajaran Bengkel
Memperkenalkan inovasi aplikasi RenewEd3D kepada pendidik dan pembangun perisian pendidikan dan kandungan digital.
Memberi pendedahan praktikal tentang cara mengintegrasikan VR dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang kepentingan Pendidikan Tenaga Boleh Baharu melalui pendekatan digital interaktif.
Menggalakkan guru dan peserta meneroka potensi inovasi teknologi dalam memperkayakan pedagogi abad ke-21.
Keperluan Peserta
Komputer/Laptop
Download STEAM Desktop ke komputer.
atau
Telefon pintar.
Download STEAM app ke telefon.
Info Lanjut : https://sites.google.com/view/syahirbahiranhilmi/myportfolio
En. Syahir Bahiran bin Hilmi
JU Fizik Daerah Kinta Utara
JU Inovasi Daerah Kinta Utara
SMJK Poi Lam, Chemor, Perak