Sinopsis
Temuduga HLP merupakan salah satu proses penting dalam pemilihan calon bagi melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi di bawah tajaan kerajaan. Bengkel Tips Persediaan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini dirangka khusus untuk membantu para pegawai/guru yang bakal menghadiri sesi temuduga mendapatkan pendedahan awal, keyakinan diri, serta strategi persediaan yang berkesan. Justeru, persiapan yang rapi, pengetahuan mendalam, serta persediaan yang mantap amat diperlukan bagi meningkatkan peluang kejayaan.
Dalam bengkel ini, peserta akan diberikan penerangan tentang format dan aliran proses temuduga HLP, termasuk jenis soalan lazim yang sering dikemukakan oleh panel penemuduga berdasarkan pengalaman penceramah dan rakan seperjuangan. Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada kaedah penyediaan dokumen sokongan, teknik mempersembahkan idea dengan jelas dan meyakinkan, serta cara berkomunikasi ketika berhadapan dengan panel.
Melalui sesi perkongsian pengalaman daripada penceramah, peserta akan memperoleh gambaran sebenar tentang suasana temuduga HLP.
Secara keseluruhan, bengkel ini diharapkan dapat membekalkan peserta dengan ilmu, kemahiran, dan keyakinan yang diperlukan untuk menyerlahkan potensi diri. Dengan persediaan yang baik, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan peluang kejayaan dalam temuduga HLP, malah turut membina sahsiah profesional yang berguna dalam kerjaya dan pengajian akan datang.
Hasil Pembelajaran Bengkel
Peserta didedahkan dengan tips:
penyediaan dokumen sokongan bagi sesi temuduga.
penyediaan kertas cadangan kajian.
mempersembahkan idea dengan jelas dan meyakinkan, serta tips berkomunikasi ketika berhadapan dengan panel temuduga.
Persediaan Peserta
Nota catatan kendiri
Pn. Ummi Atiah binti Mohamad
Penerima HLP Sarjana Pendidikan Fizik, UPSI (2018)
Penerima HLP Doktor Falsafah Pendidikan Fizik, UPSI (2025)
Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak (sehingga 9/2025)
TAMAT