PENGENALAN
Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2025 merupakan seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2025 dianjurkan untuk menyediakan medium kepada komuniti Pendidikan Fizik (guru, pendidik, pensyarah, tutor, penyelidik, pentadbir dan individu yang berminat) dari seluruh Malaysia berkongsi inovasi, hasil kajian, amalan dan isu pada peringkat kebangsaan.
TEMA
Transformasi Pendidikan Fizik: Mendepani Cabaran Masa Depan
SUBTEMA
Pendidikan Fizik Peringkat Sekolah
Pendidikan Fizik Peringkat Prauniversiti
Pendidikan Fizik Peringkat Tertiari
Unsur Fizik dalam Mata Pelajaran Multidisiplin
KATEGORI PENYERTAAN
Pembentang (inovasi)*
Pembentang (umum: amalan, isu, kajian)
Peserta (tanpa pembentangan)
*Inovasi akan dinilai panel juri untuk anugerah inovasi emas, perak dan gangsa bagi yang melepasi skor markah ambang yang ditetapkan.
**Pembentang hanya perlu menghantar abstrak bergambar satu halaman. Penghantaran manuskrip penuh DIGALAKKAN dan akan diterbitkan dalam buku prosiding.
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu
Pembentangan dan abstrak dalam Bahasa Inggeris juga dialu-alukan.
INOVASI
Kongsikan inovasi anda dalam pendidikan fizik sama ada dalam bentuk
teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP)
strategi PdP
alat bantu mengajar
alat bantu belajar
pengurusan PdP
lain-lain (tertakluk kepada tapisan pendaftaran)
Sila rujuk bahagian INOVASI untuk maklumat lanjut.
TARIKH PENTING
Panggilan seminar kali pertama 3 Jun 2025
Tarikh akhir penghantaran abstrak & pendaftaran pembentang 1 Ogos 2025 1 November 2025
Tarikh akhir pendaftaran peserta (tanpa pembentangan) 15 November 2025
Tarikh akhir pembayaran yuran seminar 15 November 2025
SPFK2025 18 Disember 2025 (Khamis)
YURAN SEMINAR
Pembentang : RM150.00
Peserta (tanpa pembentangan) : RM80.00
Sila rujuk bahagian PEMBAYARAN YURAN untuk maklumat lanjut.
Penganjur
Penganjur Bersama