[PERUBAHAN]
Tajuk & Penceramah Baharu:
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) oleh Dr. Anis Diyana Halim
Sinopsis
Kreativiti sering dianggap sebagai elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran fizik, namun bagaimana sebenarnya kreativiti saintifik itu wujud dalam amalan guru? Apakah beza kreativiti umum dengan kreativiti saintifik? Bengkel ini menyingkap konsep kreativiti saintifik serta bagaimana ia berperanan dalam membentuk pemikiran kreatif murid melalui aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh pendidik fizik.
Guru/pendidik fizik kini telah terbiasa melaksanakan pelbagai pendekatan inovatif seperti pembelajaran berasaskan STEM, projek, masalah, gamifikasi, penggunaan teknologi (AR, simulasi), serta aktiviti interaktif ringkas seperti bersoal jawab. Aktiviti-aktiviti ini memang bersifat aktif, tetapi persoalan pentingnya ialah: bagaimana aktiviti ini menyumbang kepada pembinaan kreativiti saintifik? Apakah ciri-ciri kreativiti yang sebenarnya terbina daripada amalan pengajaran guru?
Dalam bengkel ini, peserta akan diperkenalkan kepada konsep dan ciri kreativiti saintifik, seterusnya meneliti kedudukan unsur tersebut dalam pelbagai bentuk aktiviti pengajaran fizik. Peserta juga akan dipandu dengan langkah-langkah praktikal untuk menyusun semula atau menambah baik aktiviti pengajaran agar ciri kreativiti saintifik dapat distrukturkan dengan lebih jelas. Kefahaman ini bukan sahaja membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran, malah membuka ruang untuk melaksanakan kajian pendidikan seperti kajian kes berkaitan pengajaran/pembelajaran kreatif dalam fizik.
Sertai bengkel bersama Dr. Lilia Ellany untuk memahami, menstruktur dan mengaplikasikan kreativiti saintifik dalam pengajaran fizik, ke arah melahirkan murid yang lebih kreatif, kritis, dan lebih berstruktur dalam menterjemahkan pengetahuan kepada suatu idea atau penyelesaian yang bermakna.
Hasil Pembelajaran Bengkel
Peserta dapat :
Memahami konsep kreativiti saintifik serta kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran fizik. (10 min)
Mengenal pasti ciri-ciri kreativiti saintifik yang wujud dalam pelbagai aktiviti pengajaran seperti STEM, projek, masalah, gamifikasi, teknologi, dan soal jawab. (10 min)
Membimbing guru, pensyarah dan pengamal pendidikan fizik untuk menambah baik atau menyusun semula aktiviti pengajaran agar lebih berstruktur dengan elemen kreativiti saintifik. (20 min)
Menggalakkan penerokaan kajian pendidikan berasaskan kreativiti
Persediaan Perserta
Nota bengkel yang akan diberikan semasa bengkel.
Dr. Lilia Ellany binti Mohtar
Pakar Pemikiran Kreativiti Saintifik
Pensyarah Kanan
Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris