Sejarah Penubuhan

Pada 17 Februari 1863, International Committee for the Relief of the Wounded in Time of War (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera Semasa Perang) ditubuhkan. Jawatankuasa pengasas ini dikenali sebagai Committee of Five (Jawatankuasa Berlima). Jawatankuasa pengasas ini terdiri daripada lima orang, iaitu General Guillaume-Henry Dufour sebagai pengerusi, Henry Dunant sebagai setiausaha, Gustave Moynier, Louis Appia, dan Theodore Maunoir.

Pada 26 Oktober 1863, satu persidangan antarabangsa diadakan di Geneva untuk mencari jalan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan Perubatan Tentera di medan peperangan. Persidangan tersebut telah menerima paksi Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih sebagai lambang tetap untuk persatuan-persatuan yang memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera. Persatuan-persatuan ini yang kemudiannya dikenali dengan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan. 12 negara menandatangani perjanjian ini. Semua negara bersetuju untuk melindungi askar-askar yang cedera atau sakit, pegawai-pegawai perubatan, guru-guru ugama dan tentera di medan perang.

Hasilnya pada tahun 1864, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk. Palang merah dipilih berikutan penghargaan kepada negara Swiss iaitu tempat lahirnya ICRC. Simbol bulan sabit merah mula digunakan oleh Turki pada tahun 1876 dan pemakaian lambang bulan sabit merah ini digunapakai oleh negara-negara Islam yang lain. Kedua-dua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.