Lambang dan Cogan Kata

LAMBANG

Penggunaan lambang Bulan Sabit Merah sebagai lambang penubuhan adalah mengikut Akta 162, Malaysia Red Cross Society (Change of name) Akta 1975.

Kegunaan Lambang

Indian Red Cross Society (IRCS) dan International Federation of Red Cross and Red Crescent Society (IFRC) berhak untuk menggunakan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dari masa ke masa, iaitu sewaktu konflik atau aman.

Peranan Lambang


Tanda Perlindungan

  • Seseorang atau objek tidak boleh diserang.

  • Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang Kemanusiaan


Tanda Pengenalan

  • Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang merah atau Bulan Sabit Merah.

Lambang ini tidak boleh diolah dan diubah suai sesuka hati. Lambang ini hendaklah dilukis mengikut nisbah ukuran piawai sekiranya berlaku sebarang pengecilan atau pembesaran pada lambang tersebut. Elemen lain pada latar belakang lambang yang berwarna putih adalah tidak dibenarkan. Pada Jun 2006, pihak International Federation of Red Cross and Red Crescent telah mengeluarkan panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah seperti yang berikut:

COGAN KATA