Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) merupakan peraturan yang atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk mengehadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam.

Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menetukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaj sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata, iaitu konflis antarabangsa dan konflik antarabangsa.

KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL

Konvensyen Geneva Pertama

Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949).

Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Konvensyen Geneva Kedua

Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak0anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos 1949).

Memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu.

Konvensyen Geneva Ketiga

Konvensyen merujuk keada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12 Ogos 1949).

Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.

Konvensyen Geneva Keempat

Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang (12 Ogos 1949).

Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.

Protokol Tambahan I

Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneca 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977).

Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadiahkan kaedah serta cara peperangan.

Protokol Tambahan II

Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977).

Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya.

Protokol Tambahan III

Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005).

Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

PERATURAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Peraturan asas yang terkandung dalam UUKA merangkumi:

  1. Pembatasan:

Hak pihak-pihak yang bersengjata untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS.


  1. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar:

Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah adlah dilarang.


  1. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam:

Serangan yang ditunjukkan secara khusus terhadap oarang awam adalah dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti perbezaan di antara anggota/ objek tentera dengan anggota/ objek awam yang tidak bersalah.


  1. Pertimbangan:

Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara langsang.

  1. Keperluan ketenteraan:

Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini bukanlah satu alasan untuk berkelaluan tidak berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkah-langkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka.